Senin, 20 Februari 2012

Kumpulan Minda Ahli Sunnah Wal Jamaah Ustaz Abu Syafiq Rasyiq Alwi


14 February, 2012

Program Ahli Sunnah Wal Jama'ah di JOHOR


"PROGRAM MAHABBATUR RASUL" 
Maulidur Rasul Mencintai Nabi Menurut Perspektif Ahli sunnah Wal Jama'ah (Edisi JOHOR)

Bersama Geng-geng FACEBOOK ( www.facebook.com/AbuSyafiq1 )

Penceramah&Pembentang: Ustaz Abu Syafiq Rasyiq Alwi

Tarikh: 02.03.2012. Hari: Jumaat. Masa: 7.45malam - 9.45malam

Tempat: Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia UTM, Skudai, Johor Bahru, Johor DT.

Tel: 019-3801979 (PERCUMA)

2- Pada 03.03.2012 Sabtu Jam 7.00malam - 9.00malam Ceramah dan Zikir di Masjid An-Najah Taman Daya, JB.

FaceBook: Facebook Abu Syafiq Klik Sini
______________

13 February, 2012

Program Ahli Sunnah Wal Jama'ah 25.02.2012


"DISKUSI SANTAI" Soal-Jawab Ahli Sunnah Wal Jama'ah & Bahaya Syiah Melayu & Universiti Wahhabi(Edisi SELANGOR)
Bersama Rakan2 Facebook ( www.facebook.com/AbuSyafiq1 )

Ustaz Abu Syafiq Rasyiq Alwi

Tarikh: 25.02.2012. Hari: Sabtu. Masa: 7.45malam-9.00malam

Tempat: Masjid Jamiatus Solahiah Sg. Tua Gombak, Selangor.

Jamuan Disediakan. PERCUMA

Tel: 019-3801979

Semua Dijemput Hadir Dan Berkongsi Ilmu Juga Bertanyakan Soalan (Ini Sesi Khas Untuk Soal-jawab).

08 February, 2012

Masjid Negeri Selangor- Dr. Syeikh Salim Alwan Al-Husainiy

RAKAMAN OLEH MASJID NEGERI SELANGOR



Masjid Negeri Selangor- Dr. Syeikh Salim Alwan Al-Husainiy

Wasiat Dari Ahlil Bait Rasulillah Kepada Seluruh Umat Islam Di Malaysia.
Tempat: Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.
Tajuk: Ahli Sunnah Wal Jama'ah Dan Maulidur Rasul Serta Soal-Jawab Agama.

28 January, 2012

Jom Program-program Maulid Nabi&Bahaya Wahhabi 1433H/2012M

Jom Program-program Maulid Nabi&Bahaya Wahhabi 1433H/2012M





DI BAWAH INI JADUAL PROGRAM-PROGRAM SEMPENA MAULIDUR RASUL BAGI TAHUN 1433H. Sila pastikan kehadiran anda dan sebar-sebarkan.

1- TAZKIRAH MAULIDUR RASUL & SOAL-JAWAB AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH



Dr.Syeikh Salim 'Alwan Al-Husainiy & Ustaz Hj Abu Syafiq Al-Asy'ary

Tarikh/Hari: 1.Februari.2012M / 8.Rabi'ul Awwal 1433H (Rabu)

Masa: 12.45 tengah/hari - 1.45 tengah/hari (Sebelum Zohor)

Tempat: Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baharu 59200, Kuala Lumpur.
_____________________________

2- SOAL-JAWAB MAULIDUR RASUL & CINTA NABI DI SISI AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH



Dr.Syeikh Salim 'Alwan Al-Husainiy & Ustaz Hj Abu Syafiq Al-Asy'ary

Tarikh/Hari: 1 Februari 2012M / 8 Rabi'ul Awwal 1433H (Rabu)

Masa: 7.30 malam - 9.30 malam (Selepas Maghrib)

Tempat: Masjid Al-Bakri, Bukit Naga, Seksyen 32 Shah Alam, Selangor.
_____________________________

3- MAHABBATUR RASUL DI SISI AHLIL BAIT NABI & SOAL-JAWAB Perhatian !!!UPDATE&PERUBAHANDARI KOLEJ AL-SOFA DIUBAH KE MASJID TAMAN TAR.



Dr.Syeikh Salim 'Alwan Al-Husainiy & Ustaz Hj Abu Syafiq Al-Asy'ary

Tarikh/Hari: 3 Februari 2012M / 10 Rabi'ul Awwal 1433H (Jumaat)

Masa: 8.15 malam - 10.15 malam

Tempat: Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Ampang. TELAH DI UBAH pada mulanya bercandang di Kolej Islam Al-Sofa,Ampang SEKARANG berubah ke Masjid Taman TAR, Ampang kerana di kolej Al-Sofa berkemungkinan tidak muat&tidak mencukup ruang. Harap maklum dan sebarkan.
_____________________________

4- Soal-Jawab Isu Agama & Maulidur Rasul -Satu Pencerahan



Dr.Syeikh Salim 'Alwan Al-Husainiy & Ustaz Hj Abu Syafiq Al-Asy'ary

Tarikh/Hari: 4 Februari 2012M / 11 Rabi'ul Awwal 1433H (Sabtu)

Masa: 6.30 pagi - 8.00 pagi (Selepas Subuh)

Tempat: Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Persiaran Masjid 40000 Shah Alam,Selangor.
_____________________________

5- MAULIDUR RASUL TERBESAR & SEMINAR AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH TERHEBAT



(Mahabbatur Rasul, Ahli Sunnah Wal Jama'ah, Bahaya Ajaran Sesat, Nasyid, Selawat, Gerai Jualan, Kad Belajar On-Line Fardhu Ain Pertama Di Dunia, Ijazah zikir dari Ulama Berketurunan Nabi dan banyak lagi termasuk hadiah-hadiah menarik. Kertas kerja&Makan minum disediakan.PERCUMA)

Jabatan Mufti Selangor, Darul Fatwa Australia, www.abu-syafiq.blogspot.com, Yayasan Restu, Ribat Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Pejuang-pejuang Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Tarikh/Hari: 4 Februari 2012M / 11 Rabi'ul Awwal 1433H (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi sehingga 5.00 petang

Tempat: YAYASAN RESTU, Kompleks Taman Seni Islam Selangor, No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Malaysia (Bersebelahan Masjid Negeri Selangor.
(+603) 5511 9001/2/3

25 January, 2012

Debat Syeikh Salim Alwan Al-Husainiy & Wahhabi Takfiri

Dibawah ini merupakan debat antara Ulama Keturunan Nabi Muhammad yang merupakan juga Ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah iaitu Dr. Syeikh Salim 'Alwan Al-Husainiy berdebat dengan seorang pelampau terrorist Wahhabi yang mengkafirkan ulama Islam dan menyamakan Allah dengan makhluk bernama Abdur Rahman Ad-Dimasqiah yang mengakui dirinya dibuang dari Al-Azhar kerana melakukan jenayah yang terkutuk berkaitan dengan isu hubungan sulit yang haram.

Debat ini dalam bahasa Arab diadakan pada 9.11.1994 di Universiti Australia pada tajuk-tajuk berkaitan Akidah, Tohmahan Wahhabi, Pendustaan Wahhabi, Tawassul dan pelbagai lagi. Diakhir perdebatan Wahhabi telah membelasah pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana tokoh Wahhabi itu tidak dapat menjawab soalan dan lari.









Selamat menonton... Hidup Ahli Sunnah! Hancur Wahhabi Takfiri Tashbihi!

19 January, 2012

Diskusi Syiah & Wahhabi (MEDIU)


Diskusi Isu Syiah & Wahhabi (MEDIU). Semua wakil dijemput hadir.
Pada 21.Jan.2012 Sabtu
Jam: 7.30 malam.
Tempat: Di Masjid Antik&Cantik Masjid At-Taqwa Kg. Rim Jasin Melaka.



Sila hadir beramai-ramai.

Facebook: Klik Sini Info Baru

15 January, 2012

BAHAYA PELAMPAU SYIAH & MEDIU





SYIAH DAN MEDIU

Syiah merupakan ajaran yang telah ditolak oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah serta difatwakan sesat di Malaysia.
Malangnya cubaan mengembangkan ajaran sesat Syiah ini tetap diusahakan oleh pendokong ajaran yang menghina para sahabat Nabi Muhammad.

Di Malaysia terdepat sebuah pusat pengajian tinggi ASING swasta yang bergelar Al Madinah International University atau dikenali sebagai MEDIU memilih nama tempat bersemadinya junjungan besar Nabi Muhammad iaitu Al Madinah kelihatan bertujuan mengaburi mata masyarakat umat islam yang dahagakan ilmu agama agar terpengaruh dengan nama yang asalnya suci murni itu. Dengan wang yang berbilion banyakkan mungkin menyebabkan sebahagian pemegang amanah isntitusi agama terkabur mata juga pangkat tinggi yang dilobikan sehingga sanggup menjadi 'kambing-hitam' diperkuda oleh institut yang mengkafirkan dan menghukum sesat Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia itu.

DI MANA BAHAYANYA SYIAH & MEDIU?
Ajaran Syiah membahayakan umat islam disebabkan akidah mereka yang berbeda dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah amnya dan umat Islam di Malaysia khususnya. Apabila fahaman akidah yang berbeda ini diterapkan kepada masyarakat umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah sepastinya akan berlaku pertembungan dalam masyaratkat umat islam yang belum habis menghadapi pelbagai pertembungan dan pergaduhan pemikiran dan selainnya seperti ajaran Wahhabi yang menghukum umat Islam Malaysia Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai kafir dan sesat sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Bukankah ia bahaya membawa kepada pertelingkahan dan perbalahan serta menjerumus kepada keganasan dan kemungkinan kepada pembunuhan seperti mana berlaku di tanah arab kini?!

MEDIU dalam silibus mengajian akidahnya jelas menghukum sesat Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dianuti oleh umat Islam melayu Malaysia? Bukankah ini akan membawa kepada perbalahan dan pertelingkahan menjerumus kepada menghalalkan darah umat Islam dan akhirnya bunuh membunuh sesama ummat. Seperti bahayanya Syiah keatas umat Islam Malaysia Ahli Sunnah Wal Jamaah begitu juga bahayanya institusi tinggi swasta yang bertopengkan secara dusta kononnya berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah padahal mereka menghukum umat Islam melayu malaysia Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai SESAT bahkan boleh membawa kepada takfiran ke atasnya.
Tidak cukup dengan itu dalam silibus akidah MEDIU sendiri jelas terpampang menghukum Ahli Sunnah Wal Jamaah dari Al Maturidiah sebagai SESAT bahkan MEDIU menghukum mereka sebagai kumpulan Murjiah yang kafir itu.

Apakah ini semua membawa kebaikan kepada umat Islam Malaysia atau akan membawa kepada perbalahan yang tidak berkesudahan menjerus kepada takfir dan bunuh membunuh jika ia berlarutan. Adakah Malaysia akan menjadi aman dengan pemikiran bahaya begini?!

Ini belum lagi dibahaskan masaalah bid'ah membid'ah yang cuba dihidupkan oleh MEDIU seperti mana dalam silibus pengajian agamanya.

Saya memohon agar semua pihak berwajib mengkaji silibus dan tujuan kewujudan MEDIU di Malaysia yang dilihat boleh membawa kepada perbalahan dan menganggu-gugat perpaduan umat Islam malaysia seperti mana Fatwa Kebangsaan telah dikeluarkan bahawa fahaman Wahhabi itu menganggu gugat perpaduan umat Islam Malaysia, ini disebabkan kerana mereka dari segi ilmu agama yang disampaikan dan yang terdapat dalam silibus mereka amat membimbangkan seperti Syiah yang cuba mendakyahkan agama mereka dengan begitu licik dan kewangan yang pelbagai.


Artikel 2....bersambung

13 January, 2012

Pengajian/Kelas Ilmu Agama Buat Artis



'PENGAJIAN/KELAS BUAT ARTIS SAHAJA'. CALL 019 380 1979

PENGAJIAN : SEMUA JENIS CABANGAN ILMU AGAMA DARI BAWAH HINGGA SETINGGINYA
(Baca Quran, Cara Ibadah, Bersih Jiwa Dan Lain-lain).

TEMPAT: DI TEMPAT KAMI DI PUSAT PENGAJIAN ISLAM SEKSYEN 7 SHAH ALAM, SELANGOR ATAU DIMANA-MANA TEMPAT PILIHAN SENDIRI (Pejabat, Rumah, Kedai, Dewan dan dimana-mana sahaja)

MASA : FLEKSIBEL BILA-BILA MASA SAHAJA (BERDASARKAN PERBINCANGAN DAN PERSETUJUAN)

HUBUNGI : USTAZ MOHD RASYIQ BIN HJ. MOHD ALWI DI TALIAN 019 3801979.

BAHAYAR : PERCUMA FREE OFF CASH KHAS BUAT ARTIS MALAYSIA. (Walaupun ia free tidak berbayar tetapi pengajian adalah dijaga dan diambil berat serta tenaga pengajar akan memberi tumpuan utama KHAS buat kesemua artis tanah air. Jangan sangka ia free maka kami akan mengajar cincai-cincai aje! Tidak!.
"Ilmu agama untuk artis adalah keutamaan kami").

Kepada sesiapa sahaja yang bergelar artis di tanah air kita Malaysia ini yang agak sibuk atau tidak yang inginkan pengajian ilmu agama samaada bacaan alquran atau hadith, tauhid, fekah, tasawwuf atau apa-apa sahaja jenis ilmu agama secara bersistematik dan menarik mengikut masa-masa yang dipilih sendiri oleh artis (berdasarkan perbincangan) maka bolehlah menghubungi kami dan datang ke tempat kami untuk menuntut ilmu sama ada bermula dari bawah (basic) atau selainnya.

PENGAJIAN YANG DITAWARKAN UNTUK PARA ARTIS DAN SAUDARA MARA ARTIS INI BERBENTUK "FACE TO FACE" ATAU KUMPULAN ARTIS YANG KECIL.

Maksud pengajian secara "face to face" adalah seperti seorang artis lelaki belajar ilmu agama seperti quran dan selainnya dengan seorang ustaz atau seorang artis wanita belajar dengan seorang ustazah.

Maksud pengajian secara kumpulan kecil pula adalah pengajian para artis yg bilangannya sedikit yang 'sekepala' atau satu geng belajar dengan seorang ustaz atau seorang ustazah.

Tempat pengajian kami selesa ekslusif

TIDAK PERLU MALU LAGI UNTUK BELAJAR AGAMA.

03 January, 2012

Solat Syiah Solat Wahhabi


Wahhabi mendakwa sesiapa yang solat ketika qiam tidak meletakkan tangannya ke atas dada yang hampir dengan leher maka solatnya tidak ikut cara nabi dan bermakna ia BATAL.

Tahukah anda bahwa Syiah juga caranya sama dengan Wahhabi? Syiah mendakwa sesiapa yang solat wajiblah meluruskan kedua belah tangan ketika qiam tanpa meletakkan dimana-mana bahagian atas perut atau selainnya. Disisi Syiah sesiapa yang solat meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri makan solatnya BATAL kecuali dalam keadaan Taqiyyah (berpura-pura).

Stayle yang sama dua musuh Islam dalam selimut ini yang dicipta oleh zionis Yahudi.

Untuk keterangan lanjut sila ikut facebook...KLIK SINI

Syiah&Wahhabi samakan Allah dengan makhluk macam Wahhabi


SYIAH itu geng WAHHABI.

Wahhabi mendakwa Allah berbentuk SERUPA dgn manusia (Rujuk kitab Wahhabi Aqidah Ahlul Imam oleh At-Tuwaijiriy KLIK SINI). Tahukah anda, Syiah juga berakidah sedemikian. Al-Khomaini mendakwa: "Allah menjelma di cermin manusia dan SERUPA dgn bentuknya" (Rujuk Al-Khomainiy dlm Syarh Du'a).

Untuk bukti selanjutnya lihat di Facebook. Klik Sini

19 December, 2011

Diskusi SUNNI-SYIAH



DISKUSI ILMIAH BERADAB AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH & SYIAH MALAYSIA

TARIKH : 24.12.2011 (SABTU) MASA: 7.15 MALAM
TEMPAT : DEWAN MASJID AL-SYUJA’AH, MERLIMAU, MELAKA. BERHAMPIRAN POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA.

HADIR BERAMAI-RAMAI


Assalamu'alaikum. Alhamdulillah wassolatu wassalam 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi ajma'in.

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim saya (Abu Syafiq) menjemput semua tokoh-tokoh syiah melayu malaysia untuk hadir berdiskusi dengan saya berkaitan ajaran Syiah demi kebaikan bersama. Diskusi ini mestilah beradab dan berilmiah. Sebelum ini beberapa 'ustaz' syiah melayu malaysia tidak beradab dan memekik terlolong dan membuat kacau. Saya tidak mahu ia berulang lagi.

Maka saya menjemput seluruh tokoh Syiah Melayu Malaysia untuk hadir pada masa dan tempat tersebut juga anda semua boleh menghubungi saya untuk persetujuan dan maklumat lanjut (019-3801979).

Kehadiran Syiah secara sembunyi-sembunyi menyorok-nyorok amatlah dikesali kerana tujuan saya adalah untuk kebaikan dan bukan kejahatan. Jika ada sesuatu yang tidak sepatutnya maka kita (sunni-syiah) boleh berdiskusi secara terbuka atau tertutup kelak. Sila jaga adab dan usah terpekik terlolong memaki dan usah mengkafirkan para sahabat Nabi lagi.

Semua muslimin dan muslimat sunni dijemput hadir.
Wassalam. (Abu Syafiq) 019-3801979

15 December, 2011

Imam2 Syiah. 12 ke 13?!



Oleh: Abu Syafiq ISLAM vs Wahhabi & Syiah.

Agama Syiah di Malaysia dan seluruh dunia mempercayai rukun agama mereka yang utama diakui mereka sendiri adalah mempercayai keimaman dan kekhalifatan 12 orang yang disebut sebagai Imam Ithna 'Asyariah (imam 12). Mereka bukan sahaja meletakkan imam 12 tersebut sebagai pemimpin dan mak'sum tetapi bagi Syiah sesiapa yang tidak beriman dengan imam-imam 12 itu sebagai khalifah maka orang itu dianggap sebagai sesat akidahnya kerana tidak berimana dengan rukun agamanya.

12 orang yang dianggap Syiah itu sebagai imam/khalifah adalah:

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
(beliau disisi Syiah dan juga disisi Sunni bukanlah anak Rasulullah dan bukan anak Saidatuna Fatimah tetapi merupakan suami kepada Saidatuna Fatimah)

Kemudian anak-anak keturunan beliau;

2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Syiah turut mengakui imam-imam 12 tersebut dilantik sebagai khalifah oleh Allah sendiri melalui nabi Muhammad secara berwasiat, maka disisi Syiah nama-nama imam diatas tadi memang tepat dan tiada ragu-ragu lagi.

Ok. Sekarang dan buat kali ini mari kita rungkai satu persatu.
Pertamanya kita hurai bilangannya dahulu dengan merujuk dari kitab utama Syiah Imamiah Ithna'ashariah (imam 12) sendiri bagi menjelaskan benarkah imam-imam itu bilangannya dua belasorang atau pun tiga belas orang. Ini kerana disisi Syiah beriman dengan 12 imam tersebut merupakan rukun utama agama Syiah. Isu bilangan ini perlu diperjelaskan dahulu kerana jika kita nak solat subuh pun kita perlu tahu solat subuh itu berapa rakaat 2 atau 3 rakaat. Maka apabila jelas solat subuh itu 2 rakaat maka kita pelajari yang lain pula. Ilmu matematik yang basic juga amtlah perlu diamalkan disini.

Adakah Akibat Kerap Bermut'ah Syiah Terkeliru Bilangan Imam-imam Mereka?

(1) Kitab utama Syiah berjudul Al-Kafiy oleh Al-Kulainiy pada juzuk 1 mukasurat 532 pada bab 12 Imam/Nas Ke Atas Mereka, pada hadith/riwayat berkaitan bernombor 9 menyebut:

"...Abdullah Al-Ansariy berkata: Aku bertemu dengan Fatimah 'alihassalam dan ditangannya terdapat papan tertulis nama-nama mereka yang diwasiatkan dari anak keturunannya, Maka aku mengirakan bilangan dua belas yang terakhirnya adalah al-qaim 'alaihissalam, tiga dari mereka bernama Muhammad dan tiga dari mereka bernama Ali".



Cuba perhatikan betul-betul dari riwayat Syiah diatas jelas menunjukkan disisi Syiah yang dikira sebagaiImam-imam 12 itu adalah dari anak keturunan Saidatuna Fatimah Binti Muhammad Rasulillah. Maka 12 imam itu adalah dari darah keturunan anak atau cucu-cicit dan silsilah daripada Fatimah.

Persoalannya disini adalah... Saiduna Ali Bin Abi Talib (wafat 40H) itu mahu dikira sebagai apa? anak Fatimah ke atau anak cucu-cicit Fatimah ke atau suaminya?! Pelik dan ganjil tiada sesiapun samaada dari Sunni atau Syi'ie mengatakan Saidina Ali bin Abi Talib itu adalah anak atau cucu cicit kepada Saidatuna Fatimah. Ya Ali Bin Abi Talib itu adalah suami kepada Fatimah Binti Muhammad Rasulillah dan bukan anak atau cucit Saidatuna Fatimah.

Nah! Apabila riwayat Syiah tadi jelas menunjukkan kononnya 12 imam yang diwasiatkan Rasulullah itu adalah dari hasil anak cucu-cicit dan keturunan Saidatuna Fatimah dan apabila kita buat kiraan yang amat basic dan terpandai maka menjadi hasilnya (mengikut riwayat Syiah itu tadi) 12 orang Imam itu adalah anak keturunan Fatimah dan dicampur lagi seorang iaitu Saidina Ali Bin Abi Talib sebagai suami Fatimah maka pastinya menjadi 13 orang bilangannya dan bukan lagi 12 orang.

Seorang tokoh terbesar Syiah berkata kepada saya:
"Alaa..Itu riwayat yang disebut oleh Abdullah Al-Ansariy dan dia bukan ma'sum. So mybe Al-Ansariy yang menceritakan riwayat di atas bersama Fatimah itu tersilap kot pasai dia tidak ma'sum".

Saya (Abu Syafiq) katakan: First riwayat tadi adalah dipetik dari buku utama yang diakui Syiah sendiri.Keduanya dalam kitab utama Syiah itu sendiri menyebut kononnya Rasulullah yang ma'sum itu sendiri bersabda:
" Aku dan dua belas (12) orang anak keturunanku dan engkau wahai Ali merupakan kekuatan bumi iaitu ikatan-menguatkannya dan gunungnya, kerana disebabkan kami maka bumi ini kukuh dan tidak hancur melenyapkan penduduknya, maka apabila perginya (12) dua belas orang anak keturunanku maka hancurlah bumi dan penduduknya...". Rujuk Kitab utama Syiah berjudul Al-Kafiy oleh Al-Kulainiy pada juzuk 1 mukasurat 534 pada bab Dua Belas Yang DiNaskan Ke Atas Mereka, pada hadith/riwayat berkaitan bernombor 17.

Dan riwayat dalam kitab dan halaman yang sama menyebut kononnya Rasulullah bersabda: "Daripada 12 orang anak keturunanku itulah yang akan menjadi pemimpin....".

Maka jelas dari kitab utama Syiah sendiri banyak dan kerap mendakwa para imam yang telah dinaskan dan telah ditetapkan itu adalah berbilang (12) dua belas orang sahaja dan 12 orang itu kesemuanya adalah dari keturanan anak Nabi Muhammad melalui perkahwinan Saidatuna Fatimah binti Muhammad dengan Saiduna Ali Bin Abi Talib.


Sedar atau tidak, 12 imam yang dianggap Syiah itu samaada tidak mencukupi atau terlebih. Samaada 11 atau 12 atau 13 orang. Jika dikira seperti diatas...anak keturunan dari Saidatuna Fatimah yang dinyatakan nama mereka oleh Syiah sendiri bilangan sebenarnya adalah 11 orang sahaja dan bukan 12 orang. Jika apabila dicampur dengan Saiduna Ali bin Abi Talib suami Saidatuna Fatimah itu barulah menjadi 12 orang tetapi Syiah sendiri mendakwa 12 orang pemimpin/imam itu adalah dari anak keturunan baginda dan sepastinya Saidina Ali Bin Abi Talib BUKAN anak keturunan baginda bahkan beliau suami kepada Fatimah dan bukan anak Fatimah.

Syiah pening wajib berfikir sejenak. Saiduna Ali bin Abi Talib itu antara imam 12 atau tidak? Berapa bilangan imam 12 dari keturunan anak cucu Nabi Muhammad itu? 11 ke 12 ke 13 ke?

Fikir2kanlah kepeningan Syiah.

Untuk sambungan sila follow Facebook ini : Klik Sini

12 December, 2011

Contohilah Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah


Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12. Disember. 2006 – 12. Disember. 2011.

Seorang yang amat disukai ramai. Seorang yang beradab, baik akhlaknya, ceria peribadinya. Walaupun muda tetapi cukup dihormati. Kehebatannya baginda kelihatan tampak jelas dari segenap segi. Seorang muslim hebat dimata dunia tetapi kerap kelihatan di masjid-masjid akan wajahnya. Low profile. Seronok bila bersama duduk di majlis baginda menjadikan diri kita merenung sambil hati berkata-kata lihatlah seorang Agong begitu tawadhuk dan rendah diri walaupun dia orang besar dan terbesar negara. Bagaimana dengan kita? rakyatnya yang biasa-biasa ini. Tidak salah jadikan baginda ikutan dan qudwah yang baik kerana baginda juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai qudwah hasanah pertama dan utama. Pencinta ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Seorang yang berilmu dan cinta agama. Selama saya hidup bagindalah Yang Dipertuan Agong yang paling saya kagumi tidak lupa juga yang lain memang hebat juga.

Memiliki permaisuri yang amat menawan. Bertudung cantik wajah berseri rupa. Permaisuri Tuanku Nur Zahirah seorang yang jelas kelihatan ayu jiwa dan raga. Akhlaknya sehebat baginda suami tercinta. Selalu senyum kepada rakyat jelata. Rendah diri tawaduk walaupun permaisuri kepada ketua negara.

Kuletakkan tiga perkara. Perlu direnung oleh seluruh pemimpin dan seluruh rakyat jelata:

1- Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah kuat agama berjiwa rakyat dan tawaduk serta rendah diri. Contohilah ia dan teruskan mencontohi yang baik.

2- Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menjalankan tugas dengan penuh ketekunan dan terbaik dan bergaul dengan orang ramai dengan cukup harmonis. Contohilah padanya.

3- Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menutup aurat dengan cara yang amat menawan. Contohilah ia wahai pemimpin dan seluruh rakyat jelata. Lihatlah isteri-isteri kamu yang mengaku muslimah pakailah tudung jangan takabbur dan sombong dan baginda berdua mencitai Ahli Sunnah Wal Jama'ah maka cintailah ulama Islam sebenar.

Wassalam

Abu Syafiq 019 3801979

09 December, 2011

Pembohongan Si Fathul Bari Al-Wahhabi Al-UMNO


Pembohongan Ularmak Muda (wahhabi) UMNO ke atas Hadith / Athar Sahabat / Saidina Umar Bin Al-Khattab

Oleh: anak-anak murid Al-Fadhil Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary

Pada awalnya kami ingin mengajak/memujuk Ustaz Abu Syafiq untuk bertemu berdiskusi ilmiah dengan seorang kanak-kanak Wahhabi pemalsu hadith/athar bernama Fathul Bari seorang ahli UMNO yang mendukung sekular. Tetapi setelah kami melihat rakaman diskusi sebelum ini berlaku antara Ustaz Abu Syafiq dengan dua orang Wahhabi bernama Fadhlan Othman (UMNO) dan Hafiz Firdaus sambil menilai secara jujur kami dapati Fadhlan Othman yang juga merupakan ularmak muda (wahhabi) UMNO teramat tidak ilmiah dan tidak amanah juga Hafiz Firdaus yang kelihatan jahil Bahasa Arabnya, kedua-duanya dinilai para ilmuan sebagai tiada ilmu dan amat jahil.

Pembaca boleh lihat rakamana diskusi tersebut disini/dibawah ini dan kemudian teruskan ikuti bahagian-bahagian seterusnya:


Diskusi yang ingin disusunkan antara Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary dengan Wahhabi UMNO Fathul Bari Mat Jahya adalah diskusi ilmiah dan beradab secara face to face. Namun setelah diberitahu/dibuktikan oleh guru-guru Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain bahawa Fathul Bari ini seorang yang gemar memutar belitkan hadith/athar maka ia kelihatan amat sukar untuk diadakan kerana berbincang dengan seorang pengkhianat ilmu sememangnya tidak seperti berbincang dengan mereka yang ada dan amanah dalam ilmu walaupun terdapat perbezaan pendapat.

Terlalu banyak kami dapati Fathul Bari Al-Wahhabi ini memalsukan teks2 hadith/athar tetapi untuk kali ini kami hanya akan memaparkan satu sahaja kerana yang satu ini ada kaitan dengan perbincangan guru kami Ustaz Abu Syafiq dan nama beliau juga disebut kepada Fathul Bari Al-Wahhabi dalam rakaman dibawah. Rakaman dibawah adalah diambil dari pendukung ajaran Wahhabi UMNO yang bernama AbuAqif seorang kanak-kanak ikutan Wahhabi dan channel Fathul Bari sendiri, pun begitu kami tidak edit dan tidak mengubah serta membiarkan sahaja ia dipaparkan terus dari mula rakaman dibuatnya sehingga akhir agar semua pembaca dapat menilai sendiri kejahatan Wahhabi dan ketidak amanahan mereka yang dipetik sumbernya dari mereka sendiri.



Kami akan jelaskan pemalsuan Al-Wahhabi Fathul Bari Al-UMNO pada hadith/athar dibawah ini dan sila perhatikan dengan teliti:

1- Pada permulaan kelihatan Fathul Bari menafikan sifat DUDUK (julus) bagi Allah kerana tiada ayat Quran dan juga tiada Hadith Nabi yang menyifatkan Allah dengan sifat JULUS (duduk) itu. Kita Ahli Sunnah mengatakan: Ya ! kerana itulah akidah Islam mengatakan Allah TIDAK bersifat dengan sifat duduk/julus itu kerana ia juga tidak diwar-warkan oleh ulama Salaf Soleh juga dinafikan juga akan sifat DUDUK bagi Allah itu oleh ulama Khalafus Soleh.

2- Pada minit 01:15 sehingga 02:40 Fathul Bari Al-Wahhabi mendakwa kononnya disana terdapat riwayat HADITH dan ATHAR dari Saidina Umar Bin Al-Khattab yang berbunyi: "Apabila Allah subhanahu wata'ala DUDUK di atas ARASY maka bergeserlah ARASY itu seperti bergesernya besi".

Kami katakan: Pertamanya sifat DUDUK/JALASA itu BUKAN sifat Allah disisi seluruh ulama dan umat Islam. Kedua riwayat yang dikatakan Saidina Umar menyebut :" Apabila tuhan duduk di atas KERUSI" adalah riwayat yang mungkar kerana terdapat beberapa 'illah/sebab antaranya orang yang dikatakan meriwayatkan ia dari Saidina Umar itu bernama Abdullah Bin Khalifah dan dia adalah seorang yang tidak dikenali dan lemah. Maka ia riwayat yang tidak harus digunakan pada akidah berkaitan sifat Allah.

Kemudian Fathul Bari Al-Wahhabi mendakwa dengan dakwaan yang jauh menyimpang. Dia mendakwa kononnya Saidina Umar sebut : "Allah DUDUK di atas ARASY" sedangkan dalam periwayatan yang tidak sahih itu sendiri menyebut bukan atas ARASY tetapi atas KERUSI.

Guru kami Al-Fadhil Ustaz Abu Syafiq berkata apabila kami menanyakan kepada beliau hal ini beliau berkata dengan nada tegas:

" Wallahi ! Demi Allah ! Tidak ada satupun riwayat daripada Saidina Umar Al-Khattab yang menyebut Allah Duduk Atas ARASY ! Wallahi tidak ada! Wahhabi memang pembohong ke atas para sahabat Nabi ! dan Wahhabi BUKAN Ahli Hadith! Saya cabar Wahhabi berikan satu sahaja riwayat yang mengatakan Saidina Umar sebut Allah Duduk di atas ARASY".

Maka pembohongan Fathul Bari ini jelas apabila mendakwa ada riwayat dari Umar yang menyebut kononnya Allah Duduk Di atas Arasy, sedangkan riwayat yang tidak sahih dari Saidinia Umar itu sendiri bukan berbunyi begitu tetapi "di atas KERUSI" dan bukan "di atas ARASY". Kami juga katakan tidak benar sama sekali akidah yang mendakwa Allah duduk di atas KERUSI dan juga tidak benar sama sekali akidah yang mendakwa Allah duduk di atas Arasy. Kedua-duanya tetap tidak benar.

Jadi jelas si Fathul Bari ini tidak amanah dalam menukilkan hadith/athar dan dia sememangnya tidak layak berdiskusi ilmiah dengan sesiapa pun kecuali dia bertaubat kepada Allah.

Jika ditanya dimana Allah? Ulama Salaf Menjawab: Allah Ada TANPA Bertempat



Jika Ditanya Dimana Allah? Ulama Salaf antaranya Imam Abu Hanifah (80H-150H):

1- Allah tiada Kaif(bentuk) bagiNya,

2-Sifat-sifat Khabariyyah bagi Allah itu Bukan Anggota,

3-Jika ditanya dimana Allah? Jawablah: Allah Ada TANPA Bertempat,

4- Tiada bagi Allah Aina (dimana),

5- Siapa yg kata api neraka itu akan fana' (terpadam) maka dia KAFIR.-

Rujuk Al-Fiqh Al-Absat M/S 56-57 oleh Imam Salaf Abu Hanifah Rahimahullah.

Zat Allah BUKAN Berada Dimana-mana. Allah Ada Tidak Memerlukan Kepada satu tempat atau dua tempat atau mana-mana tempat pun!

Sila Layari FaceBook Abu Syafiq klik Sini

08 December, 2011

UMNO Yang Masukkan Syiah Ke Malaysia?

UMNO Yang Masukkan Syiah Ke Malaysia?

Tanpa disedari. Tanpa muhasabah diri kita tidak akan terasa apa-apa kesan atas perkara yang pernah kita lakukan. Isu Syiah dan Bahaya Wahhabi masih lagi hangat dibualkan di medan-medan majlis Ilmu, seminar-seminar, media pelbagai jenis. Namun sedarkah kita tindakan kita yang lalu menghasilkan keburukan sekarang ini?

Kerajaan Malaysia dibawah parti UMNO dilihat seolah telah menghalalkan Syiah di Malaysia satu ketika dahulu melalui Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dengan mengiktiraf beberapa ajaran Syiah sebagai ajaran yang TIDAK SESAT dan boleh diamalkan. Tahukah anda kesan daripada fatwa ini walaupun ia telah diubah kini? Adakah ia sama apa yang akan berlaku ke atas ajaran Wahhabi yang diakui Majlis Fatwa itu? Ikuti jawapan serta berikan pandagan anda di :
FaceBook Bahaya Syiah Dan Wahhabi Klik Sini

07 December, 2011

Diskusi Ilmiah Isu Ahli Sunnah & Wahhabi


Sila rujuk bahagian seterusnya di link Youtube


ADMIN

Sikap Si Pengkhianat: MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN. Saya pernah berdiskusi dgn geng Yahudi bbrp tahun yg lampau. Dlm diskusi ilmiah itu saya bw bbrp hujjah& bukti menyebabkan mrk mengaku kalah walaupun ia bukan debat. Mjlis itu saya keseorangan tiada pembantu. Mrk lengkap dgn bodyguard&kamera rakaman. Tp bila sy mohon rakaman itu disiarkan mrk enggan atas alasan trtentu katanya. Inilah sikap pengkhianat. Saya tidak akan 'berkerja sama' lg dgn pengkhianat!





Sambung status sy psl PENGKHIANAT. Peristiwa brtahun lalu itu mnyebabkan Yahudi terus menyembunyikan kebenaran.Pabila sy mohon byk kali utk disiarkn mrk dkwa sy bw bukti kitab x betul. Sedang mrk mengiyakan ketika majlis itu kemudian mrk hanya berikn kpd sy cd kosong tanpa ada satupun slot rkmn. Mrk memang pembohong! Sy nasihatkn kpd pndkwh usah brkerjasama lg dgn syaitan brtopengkn manusia itu




Masih psl PENGKHIANAT. Pd mulanya sy sangkakan mrk (yahudi) brsikap ilmiah bradab krn beza usia sy dgn mrk mrk lbh tua 20tahun dr sy.Malangnya sangkaan itu x bnr krn mrk msih ckp belakang tanpa hujah&x brakhlak.Lbh baik sy brdiskusi dgn org yg brilmiah&bradab.

29 November, 2011

1433H Tahun Baru Azam Baru Pendakwah Ahli Sunnah



Oleh : Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary 006-019-3801979

Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh para pembaca budiman semua.

Sesungguhnya Islam adalam agamaku, Allah adalah Tuhanku, Muhammad bin Abdullah itu Rasulullah dan Nabiku.

Tiada kemanisan hidup yang hakiki melainkan berada dalam Iman dan Islam yang sebenar. Agama yang mudah dan haq. Matlamat yang cerah dan jelas. Dihiasi dengan para sahabat, ulama dan awliya.

1- Ilmu merupakan darjat yang tinggi disisi Ilahi. Antara azam yang perlu wujud pada setiap pejuang Islam khususnya Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah meningkatkan lagi ilmunya yang benar itu dengan mempelajari ianya secara bertalaqqi dan berguru dan kemudian menyampaikan kepada semua orang termasuk yang dianggap musuh mahupun peminat. Jika sebahagian kita boleh/tidak bermasaalah untuk duduk berkongsi ilmu dengan orang bukan Islam yang jelas memusuhi umat Islam maka mengapa tidak bagi kita yang mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk sama-sama berkongsi ilmu.

2- Adab merupakan juga sesuatu yang meningkat-ningkat. Kita lihat sebahagian kecil remaja dihadapan orang tua mungkin mereka kurang beradab atau sesatun yang diharapkan. Namun ia akan meningkat adab dan akhlaknya pabila ilmu dan umur remaja tersebut meningkat sehari demi sehari. Begitu juga kita dan orang lain. Semoga dengan menjaga adab-adab terutama dalam berlaku kekhilafan antara kita dan orang lain maka adab dan akhlak amat wajar ditingkatkan lagi.

3- Taubat sesuatu yang amat perlu dalam kehidupan manusia yang tidak maksum ini. Kesalahan dan ketelanjuran mesti harus terus diinsafi dan diperbaiki. Kepada Allah jua pengharapan dan penyerahan. Semoga kita terus mengayuh 'basikal' dan mendayung 'perahu' kehidupan ini dengan Iman,Islam dan Ihsan bersama ilmu sebenar dengan displin yang diri yang mantap.

Wallahu Musta'aan....

13 November, 2011

Tawaran Diskusi Ilmiah


FaceBook Abu Syafiq klik sini
DISKUSI ILMIAH PENUH BERADAB ANTARA: USTAZ ABU SYAFIQ (SUNNI) DENGAN : www.al-fikrah.net, Mohd Aizam Bin Mas’od & www.al-ahkam.net (WAHHABI?)

TAJUK : ISU AHLI SUNNAH, WAHHABI & SYIAH

TARIKH : 17. NOV. 2011 (KHAMIS) JAM: 9.30 PAGI

TEMPAT : YAYASAN RESTU, KOMPLEKS TAMAN SENI ISLAM SELANGOR, SEKSYEN 10 SHAH ALAM (SEBELAH MASJID NEGERI SELANGOR).

WAKIL RASMI DARI al-fikrah.net, al-ahkam.net dan Aizam Mas’od SILA HUBUNGI 019-3801979 UNTUK HADIR JANGAN TAKUT KERANA INI UNTUK KEBAIKAN
DATANG BERAMAI-RAMAI


PENTING DIBAWAH INI:

Assalamu'alaikum.

Saya (Abu Syafiq) dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim mengajak 3 penjuru golongan yang diperkatakan sebagai Wahhabi untuk berdiskusi secara ilmiah dengan saya pada tajuk Ahli Sunnah Wal Jama'ah, Wahhabi Atau Syiah Yang Lebih Bahaya Di Malaysia? atau apa-apa sahaja tajuk terutama akidah.

Saya mewakili Ahli Sunnah Wal Jama'ah Malaysia mengajak mereka berdiskusi pada tajuk tersebut. Pelawaan saya ini adalah secara umum dan rasmi.

1- Kepada www.al-fikrah.net sila datangkan ketua anda atau orang atasan anda yang rasmi. Saya tidak suka bergaduh hanya berbincang untuk kebaikan.

2- Kepada www.al-ahkam.net juga dipersilakan ownernya untuk datang berdiskusi atau wakil rasmi anda. Saya tahu anda semua cuba berilmiah dan bersederhana maka ayyuh kita lebih merapatkan hubungan dari merenggangkannya.

3- Kepada Tuan Mohd Aizam Bin Mas'od anda amat-amat dialukan untuk datang berdiskusi. Jangan takut dan anda boleh bersedia awal kerana anda diperkata seorang yang suka memperbanyakkan alasan untuk tidak datang. Wallahu 'alam.

Jika anda dari tiga (3) penjuru ini tidak hadir secara rasmi maka saya tidak mahu isytiharkan anda semua sebagai pengecut untuk bertemu&berdiskusi bagi kebaikan bersama. Kelak dibimbangi semua orang akan isytiharkan siapa anda semua pengecut atau tidak.

INGAT! Ini bukan perdebatan bertujuan pergaduhan tetapi ia hanya diskusi ilmiah yang penuh peradaban.

Sila nyatakan segera kehadiran anda semua dengan menghubungi handphone saya di talian 019-3801979 (jangan sms sahaja mesti call).

Datanglah beramai-ramai...

Berani kerana benar! Takbir!


UNTUK FACEBOOK USTAZ ABU SYAFIQ : klik sini

11 November, 2011

SMS Buat www.al-fikrah.net


ADMIN-

SMS panjang daripada Ustaz Abu Syafiq menyatakan maksud seperti berikut:

Assalamu'alaikum. Saya (Abu Syafiq) sebelum ini telah banyak kali bahkan sekian lama mengajak para pencinta ilmu berdiskusi atau berdebat atau berbincang dengan saya terutama pada isu Akidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah dan selainnya. Mungkin bagi mereka wujud beberapa sifat atau sangkaan yang tidak sepatutnya sedangkan ia boleh diselesaikan dengan perjumpaan-perjumpaan dan diskusi ilmiah beradab.

Maka atas nama cintakan kebenaran saya (Abu Syafiq) mengajak dan menyeru kepada pemilik, orang utama, atau sesiapa sahaja secara rasmi dari laman portal WWW.AL-FIKRAH.NET untuk berbincang atau berdiskusi ilmiah dan beradab dengan saya demi mencari kebaikan bersama.

Untuk makluman semua, saya tidak mengenali mereka dan tidak mengetahui apa ajaran mereka kerana saya tidak ke laman-laman yang membawa ajaran yang dikatakan pelik tetapi seperti yang dimaklumkan oleh beberapa sahabat kepada saya bahawa mereka sama sahaja dengan WWW.AL-AHKAM.NET yang membawa fahaman yang diperkatakan orang sebagai WAHHABI. Wallahu 'alam.

Setelah saya mempelawa WWW.AL-AHKAM.NET untuk berdiskusi dengan saya sejak sekian lama malangnya tiada jawapan dari mereka kini saya menawarkan diskusi ilmiah beradab bagi golongan yang dikatakan serupa dengan laman tadi.

Kepada pemilik atau orang atasan rasmi dari portal WWW.AL-FIKRAH.NET, dengan ini saya mengajak anda semua bertemu dan berbincang secara ilmiah serta beradab dengan saya pada tajuk Akidah, Ahli Sunnah dan lain-lain tetapi oleh kerana masa saya terlalu terhad saya hanya membuka tawaran ini (buat masa ini) sehingga 30.Nov.2011 dan mengikut masa-masa yang sesuai dari itu antara kedua belah pihak secara perbincangan dan format.

-Hubungi Ustaz Abu Syafiq segera di talian 006 -019- 3801979. (Ustaz Abu Syafiq akan berada di luar negara selepas awal Disember 2011

Wassalam. Berani kerana benar.

09 November, 2011

Bertaubatlah Wahai Aizam Mas'od



Assalamu'alaikum.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memohon agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM memintan Mohd Aizam Bin Mas'od agar bertaubat kepada Allah kerana ;

1- Aizam Mas'od telah mendakwa Allah itu bersifat KAKI dan Allah itu BERKAKI. Sedangkan perkataan "Qodam" apabila disandarkan bukanlah ia bererti Allah itu bersifat kaki atau berkaki. Maha suci Allah dari bersifat makhluk berkaki. Malangnya Aizam Mas'od dengan jelas mendakwa sifat bagi diri dan zat Allah itu adalah KAKI.

Mantan Ketua Pengarah Jakim Dato Wan Mohamed dengan jelas menyatakan sesiapa yang mendakwa Allah itu berkaki maka ketahuilah bahawa itu bukan Allah kerana KAKI itu bukan sifat bagi Allah. Kenyataan Mantan KP JAKIM ini amat sesuai dengan displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia juga dapat menjawab tohmahan orang kafir kononnya umat Islam menyembah sama seperti mereka berhala berkaki cuma ia tiada/tidak nampak.

Kenyataan Aizam bahawa sifat bagi zat Allah itu berkaki boleh didengari sendiri dengan jelas dalam tazkirahnya di surau-surau seperti dalam rakaman bertarikh 12.5.2011 pada minit 22:00 - 22:30 ketika mana dia (Aizam) mengajar sebuah kitab yang jelas cenderung kepada pemikiran TAKFIR dan Wahhabi berjudul Al-Iman Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqidhuhu karangan Muhammad Naim Yasin yang jelas didalamnya mengkafirkan sesiapa yang mentakwil istawa bagi Allah itu sebagai menguasai dan juga mengkafirkan takwilan ayat-ayat lain walaupun secara hak.
Sedangkan ulama Salaf sendiri seperti Ibnu Mubarak mentakwilkan istawa bagi Allah dengan erti Menguasai. Mengapakah sampai terlalu MELAMPAU mengkafirkan pula sesiapa yang mentakwilkan ayat mutasabihaat tersebut. Nah! buku inilah yang diajar oleh Aizam di surau-surau disamping disana terpadat banyak penyelewengan yang amat jelas.

2- Aizam Mas'od juga mendakwa Allah bersifat MENIPU secara mutlak tanpa di'qaid'kan dengan membalas tipu daya orang musyrik ke atas orang Islam. MAKAR itu bukanlah sifat bagi Allah yang boleh diitlaqkan begitu sahaja sehingga menampakkan MENIPU & TIPU itu adalah sifat mutlak bagi Allah. Yang dimaksudkan dalam ayat bukan menetapkan sifat MAKAR itu bagi Allah tetapi dengan makna Allah membalas mereka orang kafir di atas tipu daya mereka kepada umat Islam.

Aizam MAs'od juga mendakwa sifat Allah itu adalah TERTARIK HATI, TURUN, DATANG, BERSEMAYAM secara HAKIKI. Sedangkan jika disebut semua tadi sebagai sifat Allah secara HAKIKI maka ia jelas boleh membawa kepada TASHBIH menyamakan Allah dengan makhluk.

Aizam Mas'od juga setuju dengan kenyataan bahawa Allah itu BERSIFAT SAMSENG. Semua ini boleh didapati dalam tazkirahnya ketika menyebarkan ajarannya di surau-surau bertarikh rakaman 12.5.2011 bermula pada minit 33:00 - 45:10.



3- Aizam Mas'od juga dengan mempergunakan nama Pegawai Penyelidikan Akidah JAKIM telah membuat banyak majlis-majlis sulit tersembunyi dikumpulkan pegawa-pegawai agama lalu menebarkan fitnah dalam pembentangan tersebut bahawa ulama Islam dan ramai umat Islam sebagai sesat dan sebagainya. Aizam Mas'od dalam program2 tertentu itu menuduh kononnya ulama-ulama Islam menghalalkan riba, menkafirkan sahabat Nabi dan pelbagai tohmahan palsu tanpa bukti. Sudahlah ulama-ulama Islam itu dihina dan dituduh dalam majlis2 tersebut kemudian tuduhan itu pula tiada bukti bahkan hanya sekadar fitnah mahu memburuk-burukkan ulama Islam. Inilah Aizam Mas'od yang kini menjaja jawatannya sebagai orang besar JAKIM tetapi menghina dan menuduh ulama Islam TANPA BUKTI.

Kenyataan Aizam tersebut boleh didapati pada file kajian akidah JAKIM dan saya amat sedih apabila kajian dikaji atas nama Penyelidikan JAKIM tetapi TANPA BUKTI kukuh kemudian menuduh/memfitnah pula.

Dan banyak lagi penyelewengan pegawai JAKIM ini yang sering menjaja dirinya sebagai orang besar JAKIM. Saya memohon agar orang yang benar-benar besar dalam JAKIM terutama Ketua Pengarah JAKIM agar meminta Aizam Mas'od ini bertaubat dengan taubat nasuha atas kenyataan-kenyataannya yang bahaya pada akidah dan menghina ulama dan umat Islam dengan tuduhan tanpa pembuktian sehingga apabila ditanya dimana bukti2nya maka dijawab bukti memang tiada yang ada cakap-cakap orang sahaja.

Bertaubatlah Wahai Aizam Bin Mas'od ! Apalah nak jadi dengan kau nih!

Sekian.

Oleh: PENGARAH PENYELIDIKAN BERBUKTI. Untuk bacaan sebelum klik SINI

03 November, 2011

Diskusi Buku Al-Ibanah (Imam Al-Asy'ariy)



DISKUSI BUKU: AL-IBANAH ‘AN USUL AD-DIYANAH (Karangan Imam Abul Hasan Al-Asy’ariy) Antara Fakta Dan Pemalsuan

TARIKH : 4. 11. 2011 ( JUMAAT )
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : MASJID KUBAH KUNING BATU 10 CHERAS, KL. Datang beramai2..

02 November, 2011

SEMINAR AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



SEMINAR AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

TARIKH : 3. NOV. 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : GRAND BALLROOM, ARAS 2, MITC AYER KEROH, MELAKA.
MASA : 10.45 PAGI – 11.45 PAGI
PENDAFTARAN : 8.00 PAGI ( PERCUMA )
DATANG AWAL DAN LUNCH BERSAMA.


Rujuk: KLIK DISINI

Silakan hadir demi cinta kepada Allah dan Akidah Islam.

01 November, 2011

Buku Asri Wahhabi Sesat


Klik DISINI Untuk Tayangan Video

Semua Muslimin dan Muslimat Ahli Sunnah Wal Jamaah BUKAN Wahhabi Dijemput Ke:

CERAMAH PERDANA AHLI SUNNAH: MEMBONGKAR KESESATAN BUKU ASRI “MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA”

TARIKH : 2 / 11 / 2011 ( RABU )
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : MASJID AL-BAKRI SEKSYEN 32 SHAH ALAM, SELANGOR. Datang jangan tak datang…


_________________________

Di akhir zaman kini semakin ramai manusia yang merasakan dirinya alim tentang ilmu agama malangnya dia sebenarnya merupakan perosak islam sedikit demi sedikit dengan menghina tindakan islam.

Benarlah hadith Nabawi riwayat Muslim dalam Sohih Muslim yang bermaksud:
" Diangkat orang yang jahil itu sehingga dianggap alim, kemudian ditanya padanya soalan, lantas dia memberi fatwa sesat tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan yang lain ".

Kepada Allah jua kita panjatkan kesyukuran kerana tidak terpengaruh dengan ajaran Wahhabi ini walaupun di antara mereka yang jahil kini diangkat sebagai Mufti atau
lebih layak digelar sebagai Mufti Wahhabi
( Mohd Asri : Mohd Asri Zainul Abidin Tukang Buat Kacau-bilau Dan Fitnah ).

Asri ini banyak mengunakan ajaran songsangnya untuk diserapkan ke dalam kerajaan malaysia dan rakyatnya.

Berkebetulan satu negeri yang berkobar semangat agamanya telah terpengaruh dengan pembawakan ajaran yang mengelirukan ini sehingga seorang yang jahil bahkan tidakpun berasal dari negeri tersebut telah diangkat sebagai Mufti negeri tersebut.
Disamping sokongan oleh mereka yang berpangkat besar bagi meneruskan penyebaran ajaran baru Wahhabiyah ditanah air kita ini.

Pelbagai cara dan taktik kotor digunakan oleh pendokong ajaran sesat Wahhabiyah ini, antaranya tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi, bertopengkan secara dusta dengan nama 'salafi' dan 'sunnah'.

Inilah cara yang pernah dimainkan oleh golongan Syia'h sehingga sekarang.
Benarlah islam mengatakan bahawa golongan sesat ini mempunyai persamaan antara satu sama lain walaupun bergaduh di antara mereka.

Saudara seislamku.
Ajaran Wahhabiyah cukup menjijikkan.
Selain berpegang dengan aqidah salah yang menyatakan

"Allah Duduk Di atas Kursi" ,

Wahhabi juga tidak serik mengkafirkan seluruh umat islam dan menghalalkan darah umat islam.

Asri pernah mengkafirkan seluruh umat islam dalam satu sessi ceramahnya bahawa :

"Sebutan memanggil ' ya Muhammad ' adalah syirik dan kafir" .

Ganjil sungguh kenyataan Asri ini.
Adakah dengan menyebut 'ya Muhammad' atau 'ya Rasulullah' dikira sebagai musyrik?!
Fatwa apakah ini wahai Asri?! Bukankah MuftiN Asri sendiri dan Wahhabi-wahhabi yang lain turut memanggil orang sedemikian?! adakah Asri dan kuncu-kuncunya dah kafirkan diri sendiri pula?.

Saudara sekalian, ketahuilah bahawa kenyataan tersebut adalah fatwa sesat datang dari
bekas Mufti Wahabi!
Saya cukup pelik kenapa orang yang sejahil Asri ini diangkat sebagai mufti.

Kita sebagai umat islam yang mempunyai asas Al-Quran dan Hadith sepatutnya tidak terpengaruh dengan sorokan bertopeng kelulusan PHD atau Dr. atau apa apa sahaja yang diserapka oleh barat.

Bukankah Dr.Amina Wadud si wanita pening juga bergelar Doktor Falsafah dan merupakan pensyarah di Universiti terkemuka yang berkelulusan PHD dalam bidang agama islam?!

Nah!..tanpa disedari ramai,
Asri ini walaupun sering di war-warkan sebagai Dr. ( Doktor Falsafah ) tidak ubah seperti sekufu Dr. Amina Wadud dalam menghidupkan bid'h.
Kita sebagai umat islam sepatutnya menimbang mengikut syariat islam berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah, bukannya berdasarkan sijil semata-mata.

Asri banyak bertopengkan dengan nama penentang bid'ah, malangnya dia sendiri yang membuat bid'ah
Lihat saja bida'h dan pendustaan yang dihasilkan olehnya dalam aqidah antaranya Asri ini menyatakan dalam satu majalah secara dusta:
" Akidah Imam Syafie adalah Allah Duduk".

Sungguh berani si MuftiN ini berdusta terhadap Imam Syafie dan tidak gentar melakukan bid'a dalam akidah.
Dalam Al-Quran dan Al-Hadith tidak pernah menyatakan " Allah Duduk ",
maka mengapa Asri menyandarkannya kepada Allah?! Sedangkan hakikatnya dalam kitab Imam Syafie Al-Wasiyah tidak wujud perkataan tersebut.

Dahulu, Asri telah mengeluarkan gesaan baru dan fatwa yang cukup menjijikkan selain akidah Wahhabi yang songsang iaitu menghina tindakan Jabatan Agama Islam dalam membenteras gejala khalwat atau permulaan zina di hotel-hotel.
Asri telah berfatwa bahawa : "Tindakan Jabatan Agama Islam merisik bagi membenteras gejala khalwat di hotel-hotel adalah bertentangan dengan islam".

Subhanallah. Siapakah orang atau dalang yang dipertahankan oleh Asri ini?!
Kalaulah tindakan Jabatan Agama Islam membenteras gejala khalwat di hotel-hotel tidak dianggap sebagai Nahi mungkar?
apakah yang dianggap sebagai nahi mungkar oleh Asri Al-Wahhabi ini?!.
Adakah Asri mahu menunggu sehingga zina berlaku di tepi-tepi jalan depan mata baru nak ambil tindakan?!

Kenyataan Asri ini amat disokong oleh golongan Liberal atau yang Asri
sendiri namakan sebagai Islam Liberal.
Mereka ini gemar mengamalkan perkara terkutuk di dalam hotel-hotel berdasar penangkapan jabatan agama islam.

Kenyataan Asri tersebuat amat bertentangan dengan konsep islam dan Hadith Nabawi.
Sekiranya islam mengesyorkan amalan merisik dari rumah ke rumah untuk mengamalkan amal ma'ruf seperti pergi ke rumah-rumah yang dirasakan ahli rumah tersebut memerlukan bantuan bagi menghulurkan bantuan yang sememangnya amalan ini dianggap amal ma'ruf dan amalan yang baik,
begitu jugalah tidak salah sekiranya pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam merisik tempat-tempat seperti hotel untuk mencegah kemungkaran.

Seperti mana pihak bertanggungjawab tidak menunggu ribuan fakir miskin keluar terpampang depan mata meminta bantuan bahkan pihak bertanggung jawab pergi merisik tempat-tempat yang dirasakan kewujudan mereka untuk menghulurkan bantuan (amal ma'ruf),

Nah!
begitu jugalah Jabatan Agama Islam tidak perlu menunggu maksiat terpampang depan mata baru nak ambil tindakan.
Dan hadith Nabawi riwayat Muslim yang terkenal bermaksud : "Barangsiapa diantara kamu yang mengetahui wujudnya kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya".
"Roa" dalam hadith tersebut bererti 'alima iaitu mengetahui. Macama mana nak tahu kalau tidak mencari.

Sekiranya Jabatan Agama Islam tidak merisik untuk menangkap pengkhalwat di hotel-hotel, maka kenyanglah orang yang berduit untuk buat maksiat di hotel-hotel bersama mana-mana pelacur yang diidamkan.
Adakah mereka ini yang dipertahankan oleh Asri?!.

Setelah banyak pembentangan ilmiah bahawa bercanggahnya Asri
dengan konsep islam dan Hadith Nabi, maka jelaslah tugas dan fatwa Mufti Wahhabi tersebut tidak ubah ibarat
" Menjilat danur demi memuaskan nafsu anjing yang menjaganya".

Inilah tugas Wahhabi. Apa sahaja pangkat yang dipegang pasti akan merosakkan dan memalukan serta menghina islam itu sendiri.

Semoga kita diselamatkan oleh Allah daripada fitnah golongan Wahhabiyyah. Amin ya Robbal ?lamin.

Asri Wahhabi Halalkan Liwat? Asri Suka Gay Elton John



Klik DISINI Untuk Borak Dan Komen

CERAMAH PERDANA BERTAJUK : KRITIKAN ILMIAH KE ATAS MANTAN “TALIBAN” YANG MEMPERTAHANKAN “GAY”

TARIKH : 1.11.11 ( SELASA)
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : SURAU AL-FALAH, BANDAR TASIK SELATAN, KL.


Datanglah beramai-ramai.


Asri Wahhabi berbohong kononnya ulama Islam menghalalkan liwat. Kini apabila pengaku liwat yang bernama Elton John yang mendakwa nabi Isa itu juga Gay seperti dia mahu datang ke Malaysia untuk mempromosikan Gay nya dengan usaha beberapa pihak maka umat Islam yang tidak setuju dengan kedatangan Elton John Al-Gay itu menyatakan penolakan tetapi wujud pula suara dari Asri Wahhabi mempertahankan kaki liwat nih.

Selepas ini Asri Wahhabi akan bangkitkan peristiwanya dilarang/disekat Jabatan Agama Islam Pahang JAIP dari menyampaikan ceramah Wahhabi-nya di Pahang sedangkan program ceramah tersebut tetap berjalan. Asri juga akan berkata jika tidak mahu Elton John datang ke Malaysia maka tahan aje dia di airport. Inilah kebodohan Asri dalam memahami keadaan dan dia akan terus dengan kenyataan-kenyataannya yang dah nampak amat mengarut. Inilah akibatnya jika terpengaruh dengan Wahhabi yang selalu terkait dengan kes liwat.

31 October, 2011

Syiah, Wahhabi Sudah Murtad?


SEMUA DIJEMPUT KE TAKLIMAT KHAS/CERAMAH

KISAH TURUNNYA NABI ISA MEMBAWA AKIDAH SALAF, BAHAYA SYIAH DAN WAHHABI TELAH MURTAD?

PADA 31/10/2011 HARI ISNIN JAM 7.30 MALAM

DI MASJID SAIDINA OTHMAN IBNU AFFAN BANDAR TUN RAZAK KL.


Peta klik sini">

“Bahaya Murtad, Syiah & Wahhabi Kepada Ummah”



Taklimat Khas / Ceramah “Bahaya Murtad, Syiah & Wahhabi Kepada Ummah”

TEMPAT : MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR (DEWAN SEMINAR).
MASA : 31.10.2011. ISNIN. JAM: 2.50 PTG – 4.00 PTG.
SEMUA DIJEMPUT HADIR TERUTAMA MUSLIMAT.

28 October, 2011

SYIAH. Satu Sudut Pandang



SEMUA DIJEMPUT HADIR

TAKLIMAT KHAS / CERAMAH BERKAITAN

"SYIAH, DIMANA SALAHNYA? DAN USAH MENGHINA AHLUL BAIT NABI MUHAMMAD"

PADA : 29. 10. 2011

HARI : SABTU

MASA : 7.30 MALAM

TEMPAT : MASJID LAMA KG. AYER BAROK, DAERAH JASIN, MELAKA.

SUNNI, PENCINTA SEBENAR AHLUL BAIT, MUSLIMIN&MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

CERAMAH BERBENTUK MINI SEMINAR MENJELASKAN TENTANG SYIAH MENURUT PANDANGAN TERBARU YANG SEBENAR DAN ISU BERKAITAN WAJARKAH TAQRIB ANTARA SUNNI DAN SYIAH.

-ADMIN

27 October, 2011

Bahaya MEDIU Kepada Umat Islam Di Malaysia



Di tanah air kita sudah terlalu banyak institut-institut pengajian tinggi termasuk universiti Islam. Tiba-tiba datang sebuah institusi luar mahu melebarkan sayap yang 'bersenjata' mahu menebarkan satu ajaran yang membawa kepada ganggu-gugat perpaduan umat Islam khususnya di Malaysia (seperti difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan). Bertopenglah ia dengan kewujudan fakulti teknologi dan sebagainya bagi menutup tujuan asal mereka mengrekrut remaja kearah fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah dengan membawa pelbagai alasan dan kalisan. Wujud pihak mempergunakan nama tempat bersemadinya insan termulia junjugan besar Nabi Muhammad iaitu kota Madinah yang tercinta. Sekejap dinamakan Universiti Islam Madinah, ditempat lain pula dinamakan Universiti Antarabangsa Madinah dan pelbagai nama lagi bagi mengaburi pihak berkuasa dan orang awam yang terletak kini di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam Selangor. Walaupun ditempat pelbagai dan dikatakan kelak di Cyberjaya pula namun tujuannya sama iaitu menyebarkan fahaman yang melampau, takfir dan membahayakan perpaduan umat islam di Malaysia.

Kepada pihak berwajib juga kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang rindukan kebenaran kepadamu kujelaskan pembuktian-pembuktian ringkas ini:

1- MEDIU dengan jelas mengajar dalam silibus pengajian mereka sesuatu yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah dengan mendakwa orang kafir musyrik itu beriman kepada Allah dan bertauhid kepada Allah. MEDIU turut membawa fahaman akidah yang baru iaitu mendakwa seseorang manusia itu tidak dikira muslim selagi tidak percaya dengan tafsiran tauhid yang dibawa MEDIU sebagai tauhid Uluhiyyah mengikut tafsiran mereka sendiri kononnya jika seseorang manusia itu bertauhid kepada Allah (Rububiyyah) maka dia bukan muslim bahkan KAFIR MUSYRIK disisi MEDIU. Ini fahaman yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana nabi Muhammad tidak pernah meletakkan syarat untuk dihukum seseorang itu muslim hendaklah dia bertauhid dengan tauhid yang banyak dan pelbagai seperti ajaran MEDIU itu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Asma Was Sifat dan selainnya. Dalam Islam tauhid hanya satu. Sesiapa yang mengucap dua kalimah Syahadah dengan benar dan tidak melakukan kesyirikan kepada Allah maka dia telah dikira muslim dan jika dia mensyirikkan Allah maka dia dikira tidak beriman kepada Allah. Merupakan satu kesalahan besar denga menganggap orang kafir musyrik itu beriman dan BERTAUHID kepada Allah sedangkan namanya sahaja telah kafir muysrik/menyekutukan Allah... mana mungkin pula dinamakan orang yang tidak mentauhidkan Allah itu sebagai seorang bertauhid kepada Allah....

IKUTI PEMBONGKARAN KESESATAN-KESESATAN M.E.D.I.U INI DI FACEBOOK: KLIK SINI

26 October, 2011

Takziah Buat Saudi


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Tuhan sekalian alam yang wujud tanpa bertempat dan arah, Selawat dah salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Saya Al-Faqir IlaRobbihi Ustaz Hj Abu Syafiq Al-Asy'ary bersama beberapa Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah) mewakili umat Islam di Malaysia mengucapkan ta'ziah di atas kemangkatan Sultan Bin Abdul Aziz Aaliy Sa'ud Putera Mahkota Arab Saudi yang telah mangkat meninggalkan kita pada 22.10.2011.

Beliau yang merupakan Wali 'Ahd Putera Mahkota Arab Saudi selaku Naib Majlis Menteri Arab Saudi juga Menteri Pertahanan & Pengangkutan Udara juga Menteri Penyelian Am banyak berjasa kepada umat termasuk penduduk di Saudi Arabia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam membentuk ummah yang sejahtera.

Dan kami mengucapkan sekali lagi khususnya buat umat Islam di Saudi Arabia yang mulia juga kepada keluarga Aaliy Sa'ud dengan penuh keikhlasan ucapan ta'ziah serta memohon kepada Allah agar merahmati beliau dan ditempatkan roh beliau bersama orang-orang yang mulia didalam syurga.

Al-Fatihah.

Oleh: Abu Syafiq (Handphone) : 006 019 3801979

Sesungguhnya Allah ta'ala telah memberi kami peluang berkenalan secara dekat/rapat dengan ramai orang arab dari negara Saudi Arabia yang baik-baik dan mulia juga berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan bukan Wahhabi.



------------------------------------------------------------------------------

11 October, 2011

Majlis Ilmu Bersama Ulama Berketurunan Nabi Muhammad & Mufti Darul Fatwa Australia

SEMUA DIJEMPUT KE MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH (MASJID AL-FALAH USJ 9. KHAMIS. 13.10.2011. SELEPAS MAGHRIB)

TOKOH ULAMA : DR. AL-'ALLAMAH SYEIKH SALIM 'ALWAN AL-HUSAINIY (CHAIRMAN DARUL FATWA OF AUSTRALIA)


Ketika Tabadul Fatwa War Ro'i Bersama

TAJUK : KESATUAN UMMAH DALAM AQIDAH & ISU-ISU ISLAM SEMASA

TEMPAT : MASJID AL-FALAH USJ 9. (Pusat Bandar USJ9, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor, Malaysia)

TARIKH : 13.10.2011 KHAMIS.

MASA : 7.30 MALAM (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Segala pertanya boleh menghubungi saya di 019-3801979

07 October, 2011

Teguran Abu Syafiq Buat Abu Anas (Dr Abd Basit)



Assalamu'alaikum.

Saya ditanya banyak kali antaranya melalui email berkaitan seorang yang bergelar Ustaz Abu Anas yang mana beliau adalah bernama Abdul Basit Bin Abdul Rahman bekas pelajar di negara Saudi Arabia ini adakah dia seorag Wahhabi atau Sunni kerana dilihat penyoal dia mengajar kitab-kitab pondok Ahli Sunnah tetapi memasukkan unsur-unsur fahaman Wahhabi.

Maka saya akan hanya menjawab secara ringkas berkaitan lelaki ini dan saya ingin menegaskan bahawa saya TIDAK menuduh dia seorang Wahhabi Musyabbihah atau Pelampau Wahhabiyah secara melulu.

ABU ANAS ABDUL BASIT BIN ABDUR RAHMAN DAKWA BERDOA MENGHADAP KE KUBUR NABI KETIKA ZIARAH BAGINDA ADALAH BID'AH SESAT



Kenyataan Abu Anas Abd Basit Abd Rahman
Untuk kali ini (1) saya ingin membetulkan tanggapan dan kenyataan Abu Anas tersebut yang mendakwa (perbuatan menziarahi kubur atau makam Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi Wasallam dan berdoa di makam baginda sambil menghadap ke arah makam baginda adalah perbuatan salah & BID'AHyang sengaja diada-adakan). Rujuk juga tulisannya dalam buku berjudul PANDUAN ms 82 nom 53.

Ulasan saya Abu Syafiq:

1- Antara fahaman melampau adalah gemar menghukum bid'ah ke atas amalan umat Islam yang mempunyai dalil keharusannya. Kelihatan Abu Anas terlau cepat menghukum atau menyatakan sesuatu itu sebagai sesat (bid'ah) tanpa merujuk kepada dalil yang mengharuskan perbuatan berdoa mengHadap ke makam Nabi dan Abu Anas turut TIDAK menyatakan satu dalilpun menyokong penghukumannya juga tiada pula dinukilkan kenyatan ulama muktabar pun yang menyatakan perbuatan berdoa menghadap makam Nabi itu sebagai Bid'ah sesat.

2- Berdoa kepada Allah dengan menghadap ke makam Nabi bagi yang menziarahi baginda adalah perbuatan yang tidak ada larangan dan juga ia TIDAK wajib maka jika dilakukan ia harus bahkan mustahab (digalakkan). Dalam Mazhab Maliki, Hambali dan Asy-Syafie' digalakkan berdoa menghadap makan Nabi Muhammad sollallahu alaihiwasallam dan juga dalam Musnad Abu Hanifah pada kitab Haji daripada Nafi' bin Umar Radhiyallahu 'anhu berkata adalah sesuatu dari Sunnah dengan kamu menghadap ke kubur Nabi. Maka jika sesorang muslim itu melakukannya maka tidak boleh dihukum sebagai bid'ah sesat seperti perbuatan fahaman Wahhabi yang mendakwa perbuatan berdoa kepada Allah menghadap ke kubur itu adalah SYIRIK.



3- Abu Anas yang belajar di Saudi melaLui biasiswa Saudi juga perlu tahu bahawa Raja Abdullah Raja Saudi Arabia juga berdoa menghadap kubur Nabi Muhammad dalam keadaan membelakangi kiblat dihadapan seluruh tokoh pimpinan Saudi dan para 'ulama' Saudi. Jika benar Abu Anas mahu menolak Bid'ah yg didakwanya ini maka ABu Anas perlu berhadapan dengan Raja Saudi dan bagitau dia bahawa perbuatannya itu merupakan Bid'ah !.



Dengan penuh sifat mahabbah saya menyeru agar Abu Anas bertaubat dari kenyataannya tersebut yang menghukum perbuatan berdoa dengan menghadap ke makam Nabi ketika menziarahi baginda sebagai SALAH & BID'AH yang SESAT.

Wassalam.
Ustaz Abu Syafiq 019-3801979 (Abu Anas boleh call saya untuk diskusi secara ilmiah dan beradab)

04 October, 2011

07 September, 2011

Sanggahan Ke Atas Khalid Samad. Isu hina keadilan cucu Nabi


Saya adalah penduduk Shah Alam. Sedih dengan YB Shah Alam Khalid Samad ini yang kelihatan 'pening' tentang ilmu Islam. Saya nasihatkan kau wahai Khalid Samad agar pergi banyak belajar ilmu agama lagi tapi jangan belajar dengan ajaran sesat seperti Wahhabi nanti kamu mereng.



KHALID 'MENGHINA' CUCU RASULLULLAH DENGAN BERBOHONG KONONNYA SAIDINA HASAN DAN HUSAIN BUKAN SAKSI YANG ADIL

1- Pabila Khalid Samad sedaya upaya cuba "mempertahankan" gereja kini dia pula menyandarkan perkara yang tidak benar kepada cucu Nabi kita iaitu Hasan dan Husain kononnya sebagai saksi yang tidak adil dan tidak boleh diterima walaupun kepada bapa mereka sendiri. Ini suatu penghinaan kepada cucu Rasulullah. Sedangkan kesaksian para sahabat bahkan para ahli bait nabi adalah adil. Kesaksian para sahabat adalah diterima dan mereka adil dalam pensaksian mengikut puluhan dalil Hadith dan kesepakatan jumhur ulama Islam. Dan kisah yang BATIL yang lagi Dho'if serta PALSU tidak harus dijadikan sandaran untuk menolak penerimaan kesaksian para sahabat.

2- Kisah yang dijadikan sandaran oleh Khalid Samad ini adalah kisah yang TIDAK BENAR bahkan ia BATIL dari segi makna dan sanad. Mengapa kamu mahu cakap pasal agama di surau dan masjid di Selangor tapi bawa pula kisah yang TIDAK benar dan dijadikan pula sebagai bukti dakwaan kenyataan kamu itu?!

Kisah berkaitan Saidina Ali yang dikatakan meminta dikembalikan baju besinya yang berada ditangan seorang Yahudi dengan membawa kes tersebut kepada Tuan Qadhi Syuraih lalu Saidina Ali membawa saksi bahawa baju itu kepunyaan baginda dan saksi tersebut adalah Saidina Hasan dan Husain kemudian dikatakan kesaksian kedua-duanya adalaah TIDAK adil dan tidak diterima kerana kedua-duanya merupakan anak Saidina Ali...
KETAHUILAH BAHAWA KISAH ATAU ATHAR INI ADALAH TIDAK BENAR, BATIL DAN TIDAK BOLEH DIJADIKAN SANDARAN DALAM HUKUM kerana:

Kerana...Keadilan penyaksian para sahabat adalah diterima dan adil sekalipun penyaksian kepada bapa sendiri. Saidina Hasan dan Husain merupakan sahabat Nabi waktu yang sama adalah ahli bait dan cucu baginda. Mana mungkin mereka tidak adil seperti dakwaan sesetengah orang yang jahil ilmu agama!.

Kerana... kisah tersebut adalah batil dan tidak benar sekalipun kita selalu membacanya atau mendengarnya seperti menarik perhatian orang-orang awam yang tak tahu. Bukan semua yang diriwayatkan itu adalah benar belaka inikan pula nak dijadikan sandaran hukum. Al-Jauzaqoniy ketika meriwayatkan kisah tersebut beliau meriwayatkan dalam kitab Al-Abatil iaitu mengenai riwayat-riwayat yang BATIL/TIDAK BENAR dan dengan jelas beliau menyatakan selepas membawa kisah tersebut bahawa ia adalah kisah yang BATIL dan hadith mauquf tersebut (athar) adalah MUNGKAR. Begitu juga Imam Ibnu Jauzi dalam Al-'Ilal Al-Mutanahiy menyatakan tentang peristiwa yang sama dan menghukum kisah atau hadith (hadith mauquf) tersebut adalah BATIL/TIDAK BENAR. Az-zahabi turut menolak periwayatan berkaitan kisah tersebut dalam Mizan Al-'I'tidal.

Maka berhati-hatilah dan belajar banyak lagi sebelum mengajar.

Keadilan sahabat Nabi usah dipertikaikan TETAPI keadilan Parti Keadilan Rakyat harus dipertikai.

Abu Syafiq 019-3801979 .Khalid samad ! call lah saya. saya takde nom u.tq

* Al-Athar para sahabat harus di itlaqkan sebagai Hadith. Pabila dinyatakan sesuatu Athar itu maka boleh dinamakan ia juga sebagai Hadith iaitu Hadith Mauquf -Rujuk Imam Nawawi, Imam Az Zarkasyi dan ulama2 hadith.

04 September, 2011

Pembohongan Pusat Zakat Pada Isu Asnaf "Fisabilillah"




Fi Sabilillah merupakan asnaf yang layak menerima zakat. Mengikut Mazhab Empat(Syafie',Maliki,Hanafi dan Hambali) dan Jumhur Ulama, Fi Sabilillah bererti mereka yang berjuang atau berjihad di jalan Allah. Cuma pada ijtihad Imam Ahmad mengharuskan tambahan dari asnaf ini kepada menunaikan haji dan ia ada dalil dari hadith yang jelas tetapi tidak ada seorang pun dikalangan ulama mazhab menyatakan asnaf Fisabilillah itu adalah untuk seluruh perkara yang baik.

Namun Pusat Zakat di Malaysia termasuk Baitul Mal di Perlis sering menipu umat Islam dalam isu asnaf Fisabilillah ini sehinggakan asnaf Fakir dan Miskin masih lagi terabai dan tidak diurus dengan baik waktu yang sama asnaf FiSabilillah pula TERPALING banyak dapat zakat saban tahun dengan cara memperluaskan secara berlebihan erti asnaf tersebut sehingga bercanggah dengan mazhab empat.

Pada kali ini untuk kali per 1, saya akan bongkarkan pembohongan Pusat Zakat di Malaysia berkaitan asnaf Fi Sabilillah kononnya meluaskan makna asnaf tersebut kepada Kesemua Amalan Kebaikan sehinggakan yang tidak layak pun dapat zakat juga dengan jumlah yang amat besar.




PUSAT ZAKAT BOHONGI HUKUM IMAM AR-RAZI DALAM ASNAF ZAKAT FI SABILILLAH

Pusat zakat dengan rasminya dalam video di atas menjelaskan kononnya asnaf Fi Sabilillah adalah UMUM termasuk semua perkara kebaikan dengan membohongi kenyataan sebenar hukum para ulama Islam tersebut. Pusat Zakat termasuk pembentang kertas kerja isu asnaf ini iaitu Hainani Muji Tahir yang digambarkan kononnya sebagai ulama hebat Msia dalam isu zakat pabila menjelaskan asnaf ini cuba mengambarkan kepada umum kononnya HUKUM pengagihan zakat kepada asnaf FiSabilillah itu umum kepada "seluruh perkara kebaikan" merupakan hukum yang dinyatakan oleh Imam Ar-Razi. Benarkah Imam Ar-Razi dan selainnya menyatakan hukum itu sedemikian?


Klik Gambar Untuk Bukti Dari Kitab Tafsir Imam Ar-Razi

1- Imam Ar-Razi apabila mentafsirkan asnaf ke tujuh itu menyatakan tafsiran para ulama pada ayat asnaf zakat Fisabillah adalah beerti Orang yang berjuang/berjihad dijalan Allah iaitu Al-Ghuzat muslimin yang berperang. Kemudian Imam Ar-Razi menukilkan hukum sedemikian adalah juga pandangan Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.

2- Imam Ar-Razi kemudian menyatakan ZAHIR pada ayat FiSabilillah tidak WAJIB dihadkan kepada kesemua pejuang/mujahid dan kemudian beliau sekadar menukilkan nukilan Al-Qaffal Al-Syashi yang didakwa oleh Al-Qaffal ianya daripada sebahagian fuqoho' yang tidak langsung dikenali merekalah yang dikatakan mengharuskan pengagihan sedekah-sedekah (Ash-Shodaqoot) kepada SEMUA jenis perkara-perkara KEBAIKAN. Apabila fuqoho yang didakwa itu TIDAK dikenali maka hukum yang diputar belit tidak sepatutnya diguna pakai selain ia bercanggah dengan mazhab empat.

3- Jika diperhatikan dalam kitab tafsir Imam Ar-Razi yang berjudul Mafatihul Ghaib tersebut pabila menukilkan nukilan Al-Qaffal daripada fuqoho yang TIDAK DIKENALI beliau hanya menyebut perkataan "As-Sodaqot" itulah yang harus diberikan kepada apa-apa perkara kebaikan dan BUKAN perkataan ZAKAT atau As-Sodaqoot Wajibah yang bererti zakat. Pada bahagian yang sama Imam Ar-Razi membezakan antara As-Sodaqot yang Mandub iaitu sedekah pemberian sunat yang bukan zakat dengan As-Sodaqot yang Wajib iaitu zakat itu sendiri yang wajib. Bahkan secara jelas Imam Ar-Razi menggunakan perkataan ZAKAT pada menjelaskan asnaf Fi Sabilillah itu bermaksud pejuang/mujahid BUKAN semua perkara kebaikan.


Klik Pada Gambar Untuk Pembuktian Dari Fahaman Kitab Tafsir Imam Ar-Razi

4- Bagi ulama yang benar-benar belajar tafsir Imam Ar-Razi ini secara Talaqqi berguru maka dia akan dapati dalam perbincangan ini sebenarnya Imam Ar-Razi TIDAK mengharuskan zakat itu diberikan kepada "seluruh perkara kebaikan" tetapi yang diharuskan untuk diberi "kepada seluruh perkara kebaikan" adalah dari hasil SEDEKAH sunat dan BUKAN dari hasil zakat yang wajib itu.
Bahkan Al-Qaffal menyatakan dalam kitabnya sendiri berjudul Hilyatul Ulama bahawa: Pengagihan zakat kepada asnaf Fi Sabilillah adalah beerti mujahid dan pejuang dan TIDAK kelihatan langsung Al-Qaffal mempersetujui zakat itu diberi kepada seluruh perkara kebaikan.

5- Pembohongan pusat zakat pada kenyataan Imam Ar-Razi dalam isu asnaf Fisabillah ini adalah satu niat jahat mengumumkan/mengluaskan erti asnaf zakat Fisabillillah dengan pengluasan erti yang melampau-lampau dan BERCANGGAH dengan mazhab empat termasuk Mazhab Syafie yang diamalkan di Malaysia. Saya bersangka baik mungkin pusat zakat tidak dapat membezakan antara kenyataan Imam Ar-Razi pada As-Sodaqot Mandubah yang mana ia bererti sedekah sunat bukan zakat DENGAN As-Sodaqot Wajibah iaitu zakat yang wajib sehingga keliru dalam pembahagian zakat wajib kepada asnaf fisabilillah dengan sedekah am untuk kebaikan umum.

Insya Allah saya akan bongkarkan lagi bagaimana Pusat Zakat juga menipu dan membohongi kenyataan penulis tafsir Al-Manar iaitu Rasyid Redha dan membohongi puluhan kenyataan para ilmuan lain dalam tafsiran asnaf fisabilillah ini. Nantikan.

Soalan! Adakah pembahagian zakat yang berjumlah TERPALING BANYAK kepada asnaf Fisabilillah yang telah diperluaskan ertinya secara berlebih lebihan sehingga yang tidak layak pun dapat zakat itu mampu mengurangkan kadar Fakir & Miskin dengan meningkatkan ekonomi mereka&umat Islam?

www.abu-syafiq.blogspot.com
 
Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar