Minggu, 19 Juni 2016

Malaikat Jibril Dan Kudanya Dalam Perang Badar

http://aku-macjay.blogspot.co.id/2011/12/malaikat-jibril-dan-kudanya-dalam.html

Dalam Islam, Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah SWT. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak. {1}
(Mendengarkan yang demikian), tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah Malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh bukankah waktu subuh itu sudah dekat?" {2}
Ringkasnya - Selain daripada mencatitkan amalan, dan menjalankan tugas-tugas lain yang telah ditentukan, para malaikat yang juga merupakan bala tentera Allah SWT yang diturunkan ketika umat Islam berperang menghadapi tentera musuh. Ia adaah bagi untuk membantu tentera Islam menghadapi sejumlah besar tentera musuh yang sejak lama dahulu tidak pernah luntur semangatnya untuk menghancurkan Islam. Perang Badar misalnya, terbuktidisertai oleh sebilangan besar para malaikat. Ini jelas terbukti dengan catitan dalam beberapa sumber-sumber Islam.

Memetik bicara Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya, bab "Syuhuudul Malaa-ikah Badran" yang berkata :

Dari Mu'adz bin Rafa'ah ibn Rafi' az-Zargi dari ayahnya yang ikut serta dalam Perang Badar al-Kubra. Dia berkata, "Malaikat Jibril as mendatangi Nabi Muhammad SAW dan berkata, "Apa pendapatmu tentang pengikut Perang Badar dari kalanganmu?" Rasulullah SAW menjawap, "Dari kalangan kaum Muslimin yang paling utama." Malaikat Jibril as kembali berkata, "Demikian juga dengan para malaikat yang ikut serta dalam Perang Badar."

Jadi, jelaslah disini bahawa malaikat Jibril sendiri terlibat di dalam Perang Badar dengan bertindak membantu tentera-tentera Islam menentang tentera Musyrikin. Hendaklah diingatkan bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan mampu berbuat apa sahaja akan tetapi Allah SWT juga Maha Adil. Sebenarnya boleh sahaja, golongan Musyrikin itu dimatikan sebelum perang, dan tidak perlu pun untuk malaikat Jibril turut bersama tentera Islam bagi menewaskan tentera musuh. Tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan ada beberapa hal yang tidak mampu atau boleh kita pertikaikan/fikirkan kerana sesungguhnya akal fikiran manusia tidak akan mencapai hingga ke tahap infiniti. Ianya mustahil sama sekali. Apa yang perlu ditekankan disini ialah, malaikat mampu menjelma dengan apa jua rupa bentuk yang baik (kecuali buruk atau wanita) dengan izin Allah SWT. 


MALAIKAT JIBRIL DAN KUDA TUNGGANGANNYA (HAIZUM) DALAM PERANG BADAR

Haizum dikenali sebagai kuda milik Jibrail as. Menurut ajaran Islam, Jibrail as adalah ketua kepada segala Malaikat. Haizum beberapa kali diungkap Rasullulah SAW dalam hadith Baginda. Antaranya adalah:
Rasulullah bersabda, “Bergembiralah wahai Abu Bakar, pertolongan Allah telah datang. Ini adalah Jibril yang sedang memegang kendali tunggangannya di atas gulungan-gulungan debu.” {3}


Diriwayatkan juga dari Abu Zumail, ia berkata, "Ibnu Abbas berkata kepadaku, 'Salah seorang lelaki Muslim yang sedang menghadapi seorang musyrik di depannya menerangkan kepada kita bahawa tiba-tiba dia mendengar suara pukulan cemeti di atasnya dan suara seorang pahlawan yang mengatakan 'Hadapilah Haizum (nama kuda tunggangan malaikat Jibril as). Lalu ia melihat lelaki musyrik itu menggeletak. Dia melanjutkan, 'Lelaki Muslim itu mengamatinya, ternyata kepalanya telah remuk dan wajahnya terkoyak seperti (bekas) lecutan cemeti. Lalu ia menghadirkan sekelompok kaumnya. Kemudian orang Anshar itu datang dan menceritakannya kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda, 'Engkau benar bahawa itu bantuan langit yang ketiga. Pada hari itu mereka membunuh tujuh puluh orang (musuh) dan menawan tujuh puluh orang lainnya." {4}
Rasullulah SAW bersabda ketika beberapa detik sebelum berlakunya Perang Badar. Perang Badar diketahui sebagai perang hidup dan mati Islam. Jika Islam kalah, maka tertimbuslah Islam dan tidak lagi mampu bangkit menyebarkan syiarnya. Jika Islam menang, Islam bakal mendapat motivasi yang besar dan akan terus bangkit untuk menyebar syiarnya kepada masyarakat Mekah, Madinah dan seluruh dunia.

Oleh kerana itu, Rasullulah SAW berdoa bercucuran air mata untuk meminta bantuan Allah SWT ketika peperangan Badar ini. Allah SWT adalah perancang yang Maha Hebat, Islam mendapat sokongan moral yang hebat dengan turunnya tentera berpakaian serba hijau iaitu para Malaikat Allah SWT. Ini diakui sendiri oleh Rasullulah SWT dan para sahabat.

Rasulullah SAW ketika meniup api semangat jihad ke dalam jiwa 312 orang tentera Islam, menyeru : 
Kaum Muslimin pun bertempur hebat dibantu oleh para Malaikat.  
Baginda berseru dengan lantang dan berkobar-kobar.

Catatitan hadith menyebut, Ibnu Ishhaq berkata, ketika salah seorang tentera kaum Muslimin mengejar seorang tentera Musyrikin yang berada di depannya. Tiba-tiba dia mendengar suara hencutan cambuk dan suara penunggang kuda yang berkata, “Terus maju wahai Haizum”. Lalu dia menyaksikan orang musyrik yang ada di depannya sudah terjerembab ke tanah dengan wajah yang hancur. {5}

Seseorang dari kaum Ansar yang melihat kejadian ini menceritakan kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah kemudiannya bersabda :
Engkau benar, itulah pertolongan dari langit yang ketiga.”{6}
Dalam riwayat lain pula, oleh Ibnu Sa’ad menyebutkan daripada Ikrimah: “Pada hari itu (perang Badar) ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang terpelanting tanpa diketahui siapa yang mencantasnya.”

Abu Dawud al-Mazini berkata, “Aku sedang mengejar seorang tentera Musyrikin pada masa itu, tiba-tiba kepalanya sudah ditebas sebelum aku mengayunkan pedangku. Aku yakin ada orang lain yang membunuhnya terlebih dahulu.”

Lalu seorang Ansar datang membawa tawanan bernama al-Abbas bin Abdul Muthallib, al-Abbas berkata, “Demi Allah bukan orang ini yang tadi menawanku, tadi aku di tawan oleh seorang lelaki tinggi yang berwajah tampan dengan menunggang seekor kuda yang gagah. Dan aku tidak pernah melihat dia ditengah-tengah mereka ini.”

Allah SWT menghadiah seekor kuda gagah perkasa kepada Jibrail as untuk menjadi tunggangannya di medan Perang Badar. Kuda ini memiliki kelebihan yang luar biasa berbanding kuda biasa. Dalam peperangan Badar ini, bukan Jibrail as sahaja turut serta malah beribu malaikat lain turut serta berjihad di pihak mukmim. Oleh kerana itu, iblis bergitu gementar melihat kejadian itu. Dalam Perang Badar ini, Iblis yang menyertai kaum musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji. Dalam perang ini, Suraqah telah mendapati kumpulan para malaikat telah bersama kaum muslimin untuk melawan musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah cabut lari, dan berpaling tadah, al-Harith bin Hisyam yang memegang orang yang disangka Suraqah telah menendang ke dadanya menyebabkan beliau tersungkur jatuh, kemudian ianya cabut lari, sedang kaum musyrikin melaung: “Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang engkau membantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?” Jawab Iblis: “Sebenarnya aku telah melihat sesuatu yang kamu tidak melihatnya, aku takut seksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan mencampak dirinya ke dalam laut”.

____________________________________________
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaikat
2. Lihat QS : Hud, ayat 81
3. Hadith Riwayat Ibnu Ishak
4. Lihat juga buku Abdul Hamid Kisyik, Berkenalan Dengan Malaikat, hlm 120
5. Sahih Muslim 2/93
6. Hadith Riwayat Imam Muslim

Empayar Islam Turki Uthmaniyah yang dilaknat



http://aku-macjay.blogspot.co.id/2012/10/empayar-islam-turki-uthmaniyah-yang.html
Sejarah yang dibaca oleh kita tidak menghuraikan dengan teliti faktor utama yang mengakibatkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Fakta yang sering dikaitkan dengan sejarah Turki Uthmaniyah ialah penaklukan Konstantinople dan pentadbiran diktator Yahudi, Mustapa Kamal Atarturk. Sedangkan, dalam agenda untuk menjatuhkan Turki Uthmaniyah, Mustapa Kamal hanya berfungsi sebagai pemuka hadapan yang menggepalai pentadbiran moden selepas era Uthmaniyah. Dalam erti kata lain, kedatangannya adalah selepas WW1 yakni selepas kejatuhan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kejatuhan sebenar Turki Uthmaniyah bukanlah disebabkan oleh faktor Mustapa Kamal Atarturk tetapi adalah disebabkan oleh ekonomi dan sistem bank.

Tahukah anda ?!

Dalam buku Historic Crities of the Islamic World, karangan Clifford Edmond (2007) menyebut bahawa kerajaan Turki Uthmaniyah telah menjalinkan hubungan kewangan dengan satu keluarga elit Yahudi dalam urusan perbankan, iaitu keluarga Alvaro Mendez dari Sepanyol. Bank kepunyaan Mendes ini telah menaja banyak projek kerajaan Turki Uthmaniyah sejak 1588.
Edhem Eldem yakni seorang pensyarah Turki dari Universiti Bogazici, menyebut bahawa idea memodenkan empayar Turki melalui pinjaman kewangan datang dari desakan Gerakan Tanzimat pimpinan Mustapa Rashid Pasha, Ali Pasha, Fuad Pasha, Ahmet Pasha dan Midhat Pasha. Kesemua mereka dipercayai ahli birokrat berpendidikan Inggeris. Keturunan 'Pasha' ketika Turki Uthmaniyah berada dibawah kekuasaan Raja sebaik-baik Raja yakni Sultan Mehmet, pernah memainkan peranan penting untuk menakluk Konstantinople. Namun, ia berbeza sekali dengan Pasha didalam Gerakan Tanzimat.

Idea pemodenan yang dibawa oleh Gerakan Tanzimat ini telah berjaya mempengaruhi Sultan Mahmud II dan Sultan Abdul Mecid. Gerakan ini membawa slogan retorik perubahan baru iaitu kerajaan Turki pada masa hadapan adalah sebuah kerajaan yang mampu menyatupadukan orang Muslim dan bukan Muslim, orang Turki, Greek, Armenia, Yahudi, Kurdis dan Arab.
Khalifah Turki Uthmaniyah pada ketika itu merasakan pemodenan tanpa mengira bangsa seperti slogan ini adalah sesuatu yang boleh menaikkan kehebatan kerajaan Turki Uthmaniyah. Akibat terpesona dengan idea-idea kumpulan muslihat Ali Pasha, maka semua cadangan telah digunapakai.
Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan, pemberi, saksi dan penulis riba sebagaimana dalam sebuah hadis sahih, Jabir melaporkan bahawa: “Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memakan riba, memberi (membayar) riba, kedua- dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama”. (Muslim).
Pada 1854, khalifah Turki Uthmaniyah telah melakukan satulangkah yang paling tidak bermoral yang sekaligus telah melanggar syariat yang melarang urusniaga riba. Kerajaan Uthmaniyah secara rasminya telah membuat pinjaman sebanyak 3 juta pound sterling yang diurus syarikat Dent, Palmers & Co. Kemudian, pada 1855, pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Turki bertambah lagi sebanyak 5 juta pound sterling dan kali ini ia diruskan pula oleh bank Rothschild yang berpusat di London.
“Hai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggal sisa-sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya memerangimu…” (al-Baqarah, 2: 278-279).
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang berpegang kepada hukum syarak telah melakukan kesilapan pada 1854 dengan menerima pakai sistem riba. Pinjaman berjumlah 8 juta pound sterling itu mewajipkan kerajaan Turki Uthmaniyah membayar bunga sebanyak 10 peratus dalam tempoh setahun. Dengan ini, wajarlah Allah SWT memberikan bala dengan menjatuhkan empayar Islam Turki Uthmaniyah yang telah ingkar dengan ajaran Islam, ditangan diktator Yahudi (juga ahli Freemason) Mustapa Kamal Atarturk pada 1922.
Berikut adalah senarai pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Turki kepada bank Rothschild di London:
  1. 1854 - 3000000 pound sterling. Bunga 6%.
  2. 1855 - 8000000 pound sterling. Bunga 4%.
  3. 1858 - 5000000 pound sterling. Bunga 6%.
  4. 1862 - 8000000 pound sterling. Bunga 6%.
  5. 1863 - 8000000 pound sterling. Bunga 2%.
  6. 1865 - 6000000 pound sterling. Bunga 6%.
(Sumber: Edhem Eldem, 2005, Ottoman Financial Integration with Europe. Foreign Loans, the Ottoman Bank and the Ottoman Public Debt.) 
Senarai diatas hanyalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Hakikatnya, pinjaman berjumlah beratus-ratus juta pound terus-menerus dilakukan oleh kerajaan khalifah (hasil desakan ejen-ejen Yahudi didalam pentadbiran Turki) sejak 1854. Pinjaman ini berlaku sehinggalah pada tahun 1914, dan dianggarkan sebanyak lebih 30 pinjaman telah dilakukan. Jumlah ini sebenarnya sudah cukup membuatkan Turki Uthmaniyah jatuh bankrap sebelum WW1.
Sehingga kini, walaupun Turki sudah berubah kepimpinan daripada sekular kepada pro-Islamik, namun ekonominya tetap dipegang oleh Yahudi menerusi sistem riba yang mula digunapakai oleh khalifah Islam sejak zaman Uthmaniyah lagi.

Hubungan Gelap Syiah dan Zionis Israel

Hubungan Gelap Syiah dan Zionis Israel

http://aku-macjay.blogspot.co.id/2012/12/hubungan-gelap-syiah-dan-zionis-israel.html 

 
Assalamualaikum Ustaz yang dirahmati Allah SWT,

Ada beberapa pertanyaan yang selalu mengganggu fikiran saya. Harapnya Ustaz mampu membuka fikiran saya. Berbicara tentang Islam, secara umumnya Islam dibahagi kepada 2 (seharusnya tetap 1 hingga kiamat), Sunni dan syiah. Dan dari banyak artikel dan sumber yang saya baca, termasuk dari eramuslim.com, syiah merupakan aliran produk Yahudi la’natullah. Dan akhirnya timbul beberapa pertanyaan dalam benak saya,
1. Bagaimana kita menyikapi mereka? Haruskah kita perlakukan (mereka) layaknya kafir sementara mereka juga mengakui Allah sebagai Tuhan, dan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah?
2. Kalau memang aliran syiah berasal dari yahudi, mengapa kini Iran yang syiah menjadi musuh utama bagi Yahudi?
3. Apa sebenarnya hubungan yang terjalin antara Syiah dan Yahudi sekarang ini (kalau memang ada)?
Terima kasih sebelumnya. Semoga kita semua selalu dalam Lindungan-Nya. wassalam.
Alaykumsalam.wr.wb. Jazakallah untuk pertanyaannya saudaraku Kahfee. Harus saya perbetulkan, Islam tetap lah satu sedangkan Syiah bukanlah Islam. Ia adalah satu ajaran yang menyimpang dari Islam. Al Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar Al Marwazi, katanya : Saya mendengar Abu Abdullah berkata, bahawa Imam Malik berkata: “Orang yang mencela sahabat-sahabat Nabi, maka ia tidak termasuk dalam golongan Islam”. Maka itu Syiah lebih layak disebut aliran.
Istilah Sunni atau Syi’i pun tidak ada sebelumnya. Kedua istilah itu muncul setelah Sayyidina Ali menjadi khalifah dan lebih kuat lagi ketika Sayyidina Husain terbunuh. Adapun pada perkembangannya, nama Sunni kemudian hadir sebagai 'respon' kepada kewujudan Syiah agar tidak disamakan dengan golongan Syi’ah yang menggunakan nama Islam.
Kita semua mengetahui Syiah kerap mendakwahkan alirannya lewat jalan taqiyyah. Mereka tidak berani tampil dengan doktrin aslinya bahwa Al- Qur’an yang ada terdapat pengurangan dan tidak asli. Bahwa Ahlus-sunnah dimata orang syi’ah adalah kafir (Murtad), anak zina, halal darah dan hartanya. Dan masih banyak lagi. Namun ulama-ulama Syiah bahkan Khomeinni sekalipun sudah jelas kafir karana menyatakan dirinya ma’sum.
Maka disebabkan itu, Imam Bukhori dalam Kholgul Afail halaman 125, pernah berkata, “Bagi saya sama saja, apakah aku solat dibelakang Imam yang beraliran JAHM atau Rofidhoh (Syiah) atau aku solat di belakang Imam Yahudi atau Nasrani. Dan seorang Muslim tidak boleh memberi salam pada mereka, dan tidak boleh mengunjungi mereka ketika sakit juga tidak boleh kahwin dengan mereka dan tidak menjadikan mereka sebagai saksi, begitu pula tidak makan haiwan yang disembelih oleh mereka." 
Syiah Memusuhi Yahudi? 
Jangan mudah juga percaya bahawa Syiah itu betul-betul memusuhi Yahudi. Kehidupan Yahudi di Iran pun tenang-tenang saja, mereka diberi hak-haknya. Tidak ada tanda permusuhan dari seorang Ahmadinejad. Bahkan Iran adalah Negara di Timur Tengah yang menampung Yahudi terbanyak setelah Israel dengan jumlah populasi yang mencapai 50.000 orang dan tersebar di tiga kota, Teheran, Isfahan, dan Shiraz. Berbeza dengan sunni (di Iran) yang mengalami penindasan.
Uniknya kelompok Syiah di Indonesia malah menyerukan persatuan, menurut saya, alangkah baiknya mulut mereka diarahkan kepada Ahmadinejad sendiri.
Sunni Iran mengalami penekanan yang sistematik selama bertahun-tahun. Pemimpin mereka, seperti Ahmed Mufti Zadeh dan Syeikh Ali Dahwary, dipenjarakan kemudian dibunuh. Pemerintah Iran juga menghancurkan masjid-masjid kaum Sunni, bahkan azan kaum Sunni pun dilarang oleh pemerintah Iran.
Hebatnya, seakan berbanding terbalik, Sinagog Yahudi banyak pula bertebaran di seluruh bumi Iran, di Teheran sendiri ada 10 buah tempat ibadah kaum Yahudi laknatullah. Mereka (hidup) aman, sejahtera, dan sentosa.
Situasi kegetiran kaum Sunni Iran pula sangat menyedihkan. Mereka hidup di pinggiran dan perbatasan. Sementara kaum Syiah dan Yahudi menghuni kawasan kota-kota besar di Iran. Apa makna semua ini? Apakah benar Syiah memusuhi Yahudi?
Hubungan kekerabatan ini amat wajar sekali terjalin, kerana Syiah sendiri adalah hasil ciptaan Abdullah bin Saba’ yakni seorang Yahudi - munafik yang menyembunyikan kekufuran dan menampakkan keIslaman yang pada hakikatnya benci melihat Islam tersiar dan tersebar di bumi Jazirah Arab, di Imperium Romawi, negeri-negeri Parsi hingga ke Afrika dan selain jauh di Asia, bahkan berkibar-kibar di bumi Eropah.
Maka dengan itu, tidak hairanlah ajaran Syiah mirip dengan Yahudi. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan yang layak memegang kekuasaan adalah keluarga Dawud. Sedangkan kata Syiah tidak layak menduduki imamah (kekuasaan) kecuali anak turun ‘Ali bin Abi Thalib (Ahlul Bait).
Yahudi mengganti kitab Taurat dengan talmud, sedangkan Syiah mengubah kitab suci Al-Qur’an dengan al-Jamiah, al-Jufr dan Mushaf Fatimah. 
Hubungan Syiah dan Zionis Israel 
Tidak lama dahulu, seorang Ulama Syiah sempat membuat pernyataan mengejutkan. Menurut Ulama Syiah Mahmud Nubia ; penasihat utama kepada Ahmadinejad, Esfandiar Rahim Mashaei, menyatakan bahawa Iran harus memiliki "hubungan yang bersahabat" dengan negara Yahudi, namun Ahmadinejad menahan diri dari situasi ini dihadapan umum kerana pemimpin tinggi Syiah Iran Ayatollah Ali Khamenei agak keberatan dengan hal ini.
Nubia lebih lanjut menyatakan bahawa Presiden Iran secara peribadi memberitahu kepadanya bahawa beliau mendukung pernyataan Mashaei, tapi tidak mampu berkata apa-apa kerana menghormati pemimpin tertinggi syiah Iran, Ali Khamenei.
Hakikatnya, menurut Husain Ali Hasyimi, dalam tulisan beliau, Al-Harbul Musytarakah Iran wa Israil bahawa sejak zaman Syiah Pahlevi, Iran telah menjalin hubungan perdagangan dengan Zionis Yahudi. Dan hubungan dagang ini berkelanjutan hingga setelah revolusi Syiah yang dipimpin oleh Khumaini.
Bahkan pada tahun 1980-1985, Zionis Yahudi merupakan negara pengeksport senjata terbesar ke Iran. Sandiwara "permusuhan" Iran dan Yahudi mulai terbongkar, ketika pesawat kargo Argentina yang membawa persenjataan dari Yahudi ke Iran tersesat, sehingga memasuki wilayah Soviet Union, yang akhirnya di tembak jatuh oleh pasukan pertahanan Soviet Union. Dikhabarkan, Iran telah membeli persenjataan dari Israel dengan harga USD 150 juta, hinggakan untuk mengirim seluruh senjata tersebut, ia memerlukan 12 kali penerbangan. Allahua’lam
[via]
Share this article :
 

+ ulasan + 6 ulasan

2 December 2012 at 14:04
kalau syiah memang bermushan dgn zionist israel, dah lama berkubur.

saya selalu ke Tehran, setiap bulan. sana hidup mcm biasa shj walau pun dikenakan tekanan ekonomi..semua itu hanya mainan drama mrk.

ada org sana kata, ayatollah mrk sakit, pakar2 diterbangkan drpd israel untuk memberi rawatan pd nya.

banyak lagi teknologi2 yg dikongsi oleh israel pd iran...
Anonymous
2 December 2012 at 17:34
tapi macam mana dgn briged al-qassam dan hamas di gaza yg byk terima bantuan kewangan dan persenjataan dari iran?

halus sungguh tipu daya dajjal ni
Anonymous
8 December 2012 at 11:08
Mmg halus dn licik tipu daya dajal...hinggakan kt lebih mnyokong US drpd Iran....
Anonymous
12 February 2013 at 01:00
MAZHAB SYIAH ALI... Tatakala Imam Ali itu maseh ada hayatnya, fahaman Syiah itu adalah bercirikan ajaran Islam yg bener lagi bisa dipakei. Sebab Imam Ali itu paling hampir sekali dgn Rasulullah SAW. Malah Mazhab Syiah (Syiah Ali) itulah Mazhab Islam yg paling tua, sebelum terdirinya Mazhab2 yg banyak itu, yg dibangsakan kepada Mazhab Sunni ato Mazhab ASWJ...

Dasar fahaman Syiah itu mereka itu yg mencintai Ahlulbait Nabi. Setelah kewafatan Imam Ali, pengikut2 setia Imam Ali bageikan anak2 yg kehilangan bapak tempat bergantung. Karna ketaksuban yg berlebeh2an terhadap Imam Ali, hinggakan beliau didewa2kan bageikan seorang Nabi. Sedangkan Imam Ali itu tidak laen adalah hanya "Pemegang Amanah" sementara kepada Nabi...

Maka Doktrin Mazhab Syiah Ali yg asli telah banyak ditokok tambah, hingga bisa dibolosi serta telah dipolluted dgn unsur2 Yahudi. Maka jadilah Syiah sediada sekarang ini Syiah yg sudah jadi caca-marba. Apakah Syiah sediada itu maseh Islamic..?? Islam ato kufur hanya Allah jua Yg Maha Tahu. Perlu diketahui Syiah itu pintar dlm konsep Takqiyah. Maka detik Akhir Zaman ini banyak muslihat dan konspirasi antara Syiah dgn Yahudi itu yg maseh jadi teka-teki... Allahu'alam....
31 December 2013 at 14:43
perbanyakkan lagi bacaan..Salah satu hadis Rasulullah pon ada mengatakan "Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah ". Hadis riwayat Muslim...dan kota isfahan adalah kota yg berada di Iran..
29 March 2014 at 19:28
Dalam quran tiada sunni atau syiah. Tp hrni msg2 nk kafir mengkafir dan anggap mazhab msg2 adalah benar. Al-Baqarah:213 - Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
Post a Comment

Illuminati di dalam hadith?


Illuminati di dalam hadith?

http://aku-macjay.blogspot.co.id/2012/11/illuminati-di-dalam-hadith-bhg-1.html 

Illuminati adalah sebuah organisasi (secret society) penyembahan syaitan terbesar didunia yang dibiayai Rothschild sejak tahun 1776.  Penubuhan Illuminati ini telah dinyatakan secara jelas oleh Rasulullah SAW dalam hadith ketika baginda bertanyakan tentang perkara ghaib yang dinampakkan Allah SWT kepada Ibn Sayyad. Berikut adalah hadith yang dimaksudkan:
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata; Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; "Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat 'Arsy di atas air." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah  kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang." {1}
Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia." {2}
Perhatikan pada ayat yang dihitamkan. Dalam ayat berikut Ibnu Sayyad memberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa dia ternampak sebuah singgahsana di atas air. Kenyataan Ibnu Sayyad itu kemudiannya dijawap pula oleh Baginda SAW dengan menyatakan bahawa singgahsana yang dikatakan oleh Ibnu Sayyad itu sebenarnya adalah singgahsana iblis diatas laut. Dalam menyentuh soal Illuminati, kita semua sedia maklum mengenai simbol-simbol organisasi tersebut. Dan pastinya kita mengenali logo dibawah ini:
Kenyataan Baginda SAW yang menyebut singgahsana syaitan merujuk kepada organisasi Illuminati yang mana logonya jelas menunjukkan imej 'sebuah piramid dengan puncaknya bermata satu'. Piramid tersebut pula dikelilingi oleh lautan. Untuk maklumat lanjut berkaitan Illuminati - sila rujuk buku Rahsia Simbol Yahudi.
Bagi melihat betapa dalamnya kebenaran hadith ini maka perlu untuk kita melihat kembali (secara ringkas) sejarah Ibnu Sayyad, Rothschild dan sedikit berkaitan Illuminati.
1. Ibnu Sayyad
Adapun Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal. Beliau adalah seorang Yahudi beragama Islam yang tinggal di Madinah. Ibn Sayyad memiliki nama ahli Shafi, ada yang menyebutnya Abdullah bin Sayyad (Shayyad) atau Shaid. Ia berasal dari kalangan Yahudi Madinah. Ada yang mengatakan dari kalangan Anshar, dan dia masih kecil ketika Nabi SAW tiba di Madinah.

Ibn Katsir menyebut bahawa Ibn Sayyad adalah Aslam, dan anaknya bernama Imarah, salah seorang pembuka tabi'in. Imam Malik dan lain-lainnya ada meriwayatkan hadith darinya. {3}

Adz Dzahabi mengenukakan biodatanya dalam kitab beliau Asmaush-Shahabah. Adz Dzhabi berkata, "Abdullah bin Sayyad dicatat oleh Ibn Syahin." Beliau berkata, "Dia adalah Ibn Shaaid. Ayahnya seorang Yahudi, lalu Abdullah dilahirkan dalam keadaan buta sebelah matanya dan sudah berkhitan. Dialah yang dikatakan orang sebagai Dajjal, lalu dia masuk Islam. Dan dia adalah seorang tabi'in. {4} Perkataan dari Adz Dzahabi ini kemudian dikutip oleh Al Hafidh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah, lalu beliau berkata, "Dia adalah orang yang punya putera Imarah bin Abdullah bin Shayyad, termasuk orang pilihan kaum Muslimin dan sahabat Sa'id bin Al-Musayyab. Imam Malik dan lain-lainnya meriwayatkan hadith dari beliau.

1.1 Bukti sahih Ibn Sayyad bukanlah Dajjal

1.1.1 Ibnu Sayyad menunaikan haji, memasuki kota Makkah dan Madinah, punya anak.
Dalam sebuah riwayat dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, ia bercerita, katanya, "Kami pernah melakukan haji atau umrah bersama Ibnu Shayyad (Ibnu Shaaid), lalu kami berhenti disuatu tempat dan orang-orang pun berpencar hingga tinggal saya dan Ibnu Shaaid. Saya merasa sangat ketakutan kepadanya, mengingat apa yang dikatakan orang tentang dia. Dia membawa perbekalannya dan meletakkannya bersama perbekalan saya. Lalu saya berkata, "Sesungguhnyahari sangat panas, sebaiknya engkau letakkan dibawah pokok itu."(.........) Ia berkata, "Wahai Abu Sa'id ingin rasanya aku mengambil tali lantas kugantungkan pada pohon, lalu ku cekik leherku kerana kekesalan hatiku terhadap apa yang dikatakan orang banyak mengenai diriku. Wahai Abu Sa'id kalau orang samar-samar terhadap hadith Rasulullah SAW maka tidaklah ada kesamaran atas kalian kaum Anshar. bukankah engkau termasuk orang yang paling tahu tentang hadith Rasulullah SAW? Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Dajjal itu mandul, tidak punya anak, sedangkan saya punya anak yang saya tinggalkan di Madinah? Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Dajjal itu tidak boleh memasuki kota Madinah dan Makkah, sedangkan saya datang dari Madinah dan hendak menuju ke kota Makkah?" {5}

Dan dalam satu riwayat lagi, Ibnu Sayyad berkata, "Ingatlah, demi Allah, sesungguhnya saya mengetahui di mana sekarang dia (Dajjal) berada, dan saya juga mengetahui tempat kelahirannya serta mengetahui di mana ia sekarang berada." "Apakah kau senang jika laki-laki itu adalah engkau?" Dia menjawap, "Kalau disindirkan kepadaku, maka aku tidak benci." {6} (Maksud kalau disindirkan kepadaku ini menunjukkan betapa besarnya kekecewaan ibnu sayyad terhadap anggapan orang disekelilingnya ketika itu.)

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal besar/sebenar yang akan keluar diakhir zaman nanti, tetapi ia adalah satu 'perlambangan' sifat Dajjal yang ditunjukkan oleh Allah SWT. {7}

2. Rothschild, Ibnu Sayyad dan Illuminati

Rothcshild adalah keluarga Yahudi yang paling misteri dalam dunia. Segala gerak-gerinya adalah bermotif meruntuhkan umat dunia khususnya umat Islam. Revolusi Perancis, Revolusi Bolshevik Rusia, kejatuhan Amerika Syarikat, NAZI dan Holocaust, kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah, penubuhan negara haram Israel, semuanya mempunyai kaitan dengan keluarga elit Yahudi ini. Penyiasat-penyiasat konspirasi Barat dan Muslim yang celik minda mereka sering mempersoalkan sebab mengapa keluarga elit Yahudi ini seringkali 'diketepikan' media arus perdana daripada menyiarkan berita-berita mengenai mereka di media. Seolah-olah, keluarga ini cuba untuk meletakkan mereka di posisi selamat dari tumpuan awam.

Rothschild adalah keluarga yang mengasaskan dan mengamalkan pemujaaan syaitan melalui organisasi Freemason dan Illuminati. Jika Rothschild adalah seteru/masalah utama penduduk dunia hari ini, adakah Islam tidak memberi amaran terlebih dahulu kepada umatnya melalui hadith-hadith Rasulullah SAW sepertimana amaran yang diberikan oleh Baginda berkaitan Dajjal dan Yajuj Majuj.? Jawapannya ya. Ada.

2.1 Ibnu Sayyad bakal memiliki harta dan anak yang sangat banyak

Hadith ini menjelaskan kepada kita beberapa perkara utama yang memungkinkan  bahawa Rothschild adalah dari susur galur keturunan Ibnu Sayyad yang tinggal di Madinah. Hadith berikut berbunyi:
Telah berkata Ibn Umar, "Aku pernah bertemu Ibn Sayyad dua kali. Aku bertemu dengannya kemudian aku bertanya kepada sebahagian sahabat, "Apakah kamu bercerita bahawa dia itu Dajjal?" Mereka berkata, "Tidak demi Allah." sebahagian dari kamu telah bercerita kepadaku bahawa dia (Ibn Sayyad) tidak akan mati sehinggalah ia menjadi orang paling banyak harta dan anaknya di antara kamu, demikian pula dugaanmu pada hari ini. Kami bercakap-cakap lalu aku meninggalkannya. Kemudian aku bertemua dengannya pada ketika yang lain, sedang matanya bengkak, maka aku bertanya, "Apa terjadi pada matamu seperti yang aku lihat?" Dia berkata, "Aku tidak tahu." Aku berkata, "Kamu tidak tahu sedangkan ia berada dikepalamu?" ia berkata, "Kalau Allah kehendaki, ia akan menciptakannya di tongkatmu ini." Kemudian dia mendengus sangat keras seperti dengusan keldai yang pernah aku dengar. maka sebahagian kawanku menyangka aku telah memukulnya dengan tongkat yang ku bawa sampai patah. Adapun aku, maka demi Allah aku tidak mengetahui keadaan tersebut."

Kemudian Ibn Umar datang ke rumah Ummul Mukminin (isteri nabi) lalu bercerita kepadanya, maka ia (Ummul Mukminin) berkata, "Apa yang kamu kehendaki darinya? Bukankah kamu tahu bahawa baginda telah bersabda, "sesungguhnya sesuatu yang pertama kali membangkitkannya terhadap manusia adalah kemarahan yang melandanya." {4}

Dua fakta penting yang boleh kita lihat di dalam hadith diatas, pertama (1) Ibn Sayyad bakal memiliki banyak harta dan, keturunan yang banyak melebihi para sahabat. Menjelaskan hal demikian rasulullah menggunakan kalimah ( أكتر ) bagi menerangkan ciri-ciri harta ( مال ) dan anak ( ÙˆَÙ„َدًا ) yang membawa makna paling banyak. Dalam nahu Arab, aksara Isim Tafdil yang memberi makna terlebih banyak dari orang lain. Kalimah أكتر  berasal dari kalimah madhi  أكتر  bermaksud 'banyak atau melebihi.

Dalam penggunaan kalimat أكتر bagi menerangkan kekayaan yang melampau dan anak-beranak yang sangat ramai boleh dikaitakan dengan situasi keluarga Rothschild kini. Teori ini sangat rasional, tambahan pula pada zaman ini hanya keturunan Rothschild mempunyai kemewahan harta yang melampaui batas kemampuan manusia.

Imam Nawawi menjelaskan dalam syarahnya bahawa hal demikian (kekayaan dan anak) telahpun diperkatakan oleh ramai para sahabat. Ini bermakna sebahagian besar para sahabat mengetahui bahawa Ibnu Sayyad sememangnya akan ditakdirkan memiliki kekayaan dan keturunan yang banyak.  Menariknya disini jika diselidik kembali sejarah keluarga Rothschild, Amschel Moses juga menerima doa dari Rabbi Hershelle yang seakan-akan sama dengan hadith di atas.

Dalam sebuah artikel tulisan seorang penulis Yahudi, Nissan Mendel, Amschel Moses Rothschild telah dituduh mencuri wang kebajikan untuk anak-anak yatim. Rabbi Hershelle yang telah mendidik Amschel Moses dari kecil telah menuduh Amschel yang mencuri wang tersebut. Rabbi Hershelle pergi menemui Amshel bagi menceritakan hal sebenar. Amschel tidak menafikan hal tersebut malah menggantikan dengan wang simpanannya sendiri, walaupun sebenarnya bukan dia yang mencuri wang itu. Tidak lama selepas itu, rabbi hershelle mendapat khabar mengejutkan dari ketua Polis Daerah bahawa wang tersebut telah dicuri oleh seorang wanita. Dengan rasa bersalah, Rabbi Hershelle pergi menemui Amschel untuk meminta maaf. Bermula saat itulah Rabbi Hershelle mendoakan Amschel Moses dan anak-anaknya serta keturunan-keturunannya menjadi orang tyang berjaya di dalam dunia perniagaan. Amschel telah dikurniakan 8 orang anak dan salah seorangnya bakal penguasa dunia - Mayer Amschel de Rothschild. {8}

Perlu kita fahami disini, bahawa sejak kematian Mayer Amschel de Rothschild pada 1812, anak-anaknya mula mengaturkan perkahwinan sesama mereka dalam lingkungan keluarga-keluarga Yahudi saja. Keluarga Rothschild hanya menjodohkan anak-anak mereka dengan ahli-ahli perniagaan Yahudi yang kaya khususnya dalam bidang perbankan.
Keduanya (2), berkenaan kekayaan luar biasa Rothschild. Selain mempunyai rumah-rumah agam yang besar di Eropah, kemewahan melampau Rothschild boleh dilihat melalui barangan dirumahnya. Tidak cukup dengan itu, Rothschild juga menguasai bank-bank utama di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Dubai, Britain, Perancis, German, dan beberapa buah lagi di seluruh dunia. Kekayaan sebenar keluarga elit Yahudi ini membuatkan seorang penulis - St Berbe cenderung untuk menggelar keluarga Rothschild sebagai The Money's Prophets.

Sabda Rasulullah SAW itu benar bila mana kita melihat kekayaan Rothschild sekarang yang tiada bandingnya sehingga mampu menguasai seluruh dunia dengan mencetuskan kemelesetan ekonomi, mencetuskan revolusi-revolusi dunia, perang-perang dunia, menubuhkan PBB, NATO dan sebagainya. Allahuakbar. Rasulullah SAW sangat benar dalam sabdanya.

bersambung...
______________________________________
1. Lihat Kitabul Fitan Juz l: 102-103, Tahqiq : Muhammad Fahim Abu Ubayyah. Juga Kitabul Fitan oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir dalam bab Ibnu Sayyad.
2.Lihat Kitabul Fitan Wa Ashratul Sa'ah, 18:14-50.
3.An-Nahiyah Fil fitan 1: 128 dengan tahqiq dr Thaha Zaini
4. Tajridu Asmaish Shahabah 1:319 no 3366 karya Al Hafizh Adz Dzahabi, terbitan Darul Ma'rifah, Beirut.
Sahih Muslim Bisyarah An-Nawawi, Hadith No 2932, Vol 9, Darul Manar Kaherah, ms 372 
5. Sahih Muslim 18:51-52 Bahagian (........) adalah bahagian yang dipotong kerana terlalu panjang.
6. Sahih Muslim 18:51
7. Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal
8. Artikel tersebut bertajuk The First Rothschild

Ciri-ciri Pengikut Imam Mahdi

Ciri-ciri Pengikut Imam Mahdi

http://aku-macjay.blogspot.co.id/2015/02/ciri-ciri-pengikut-imam-mahdi.html 

Sebahagian daripada pengikut-pengikut muda Imam Mahdi akan menjauhkan dan memisahkan diri daripada keluarga-keluarga mereka yang terperangkap dalam tipu daya Dajjal akibat tekanan dan ancaman yang menimpa ke atas mereka. 

Sepanjang lembaran sejarah, para pemuda yang beriman yang telah memilih jalan yang benar yang telah disampaikan oleh Nabi-Nabi yang telah diutuskan sebagai rahmat daripada Allah SWT, yang telah membantu mereka dan beriman dengan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah SWT, sering kali ditimpa pelbagai tekanan daripada orang-orang sekeliling mereka, terutamanya keluarga-keluarga mereka. Para pemuda ini akan mencintai Imam Mahdi (a.s) dengan sepenuh hati, yang kedatangannya di akhir zaman diharapkan dengan rasa yang penuh gembira. Mereka akan mempercayai Imam Mahdi (a.s.) sebenar-benarnya sebagai seorang utusan suci yang diturunkan oleh Allah SWT dan mereka akan hidup berdasarkan nilai-nilai moral al-Qur’an bersama mereka.

Para pemuda ini akan menerima pelbagai jenis ujian yang pernah menimpa orang-orang Islam yang lain sepanjang lembaran sejarah, seperti mana yang disebutkan dalam ayat ini:
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? (Al-Baqarah : 214)
Maka oleh kerana itu, terdapat persamaan antara contoh-contoh yang disebut dalam al-Qur’an dan perkara-perkara yang menimpa sesetengah pengikut Imam Mahdi (a.s.).

Telah diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa para pengikut Imam Mahdi (a.s.) akan tidak mempunyai kawan selain antara mereka, sehinggakan jika mereka sesat, tidak akan ada siapa mencari mereka ini. Ini menunjukkan pandangan negatif masyarakat yang tinggal bersama mereka, keluarga mereka, dan saudara mereka terhadap mereka : 
Dia berkata : Carilah mereka di penghujung dunia. Kehidupan mereka adalah sederhana, rumah mereka di belakang mereka, jika mereka hadir mereka tidak akan dikenali, JIKA MEREKA SESAT JALAN, TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN MENCARI MEREKA, JIKA MEREKA SAKIT TIDAK ADA SIAPA AKAN MELAWAT MEREKA, jika mereka ingin berkahwin, tidak ada siapa akan menerima lamaran mereka. SEKIRANYA MEREKA MATI, TIDAK ADA SIAPA YANG AKAN HADIR PENGEBUMIAN MEREKA. Mereka berkongsi harta benda mereka sama rata antara mereka dan melawat kubur masing-masing; impian mereka adalah sama, walaupun mereka tinggal di bandar yang berlainan. (Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 23)

Hadith menunjukan bahawa para pembantu Imam Mahdi (a.s.) sedikit bilangannya seperti para pengikut Nabi Musa as dan pemuda al-Kahfi.

Hukaym Ibn S’ad berkata: Saya mendengar panglima mereka yang beriman Ali (r.a) berkata: MASYARAKAT QAIM [IMAM MAHDI (A.S.)] ADALAH MUDA, DAN TIADA YANG TUA ANTARA MEREKA. Bilangan mereka sedikit seperti kohl di mata atau garam dalam makanan. Dan garam adalah sesuatu yang paling kecil dalam makanan. (Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 374).
Hadith-hadith lain menunjukkan akan terdapat orang muda (orang muda di sini bukan bermaksud belia 30 tahun yang sudah menginginkan status quo dan sesuatu yang ‘praktikal’ untuk memuaskan keluarga, anak-anak dan isteri ‘tercinta’. Ini kerana seperti yang tersebut di atas, sekiranya mereka ingin melamar seseorang, maka lamarannya akan ditolak, menunjukkan mereka muda remaja bukan ‘remaja’ tua – pendapat malakian) yang akan berada di sekeliling Hazrat Mahdi (a.s.) : 
Hazrat Mahdi (a.s.) adalah SEORANG YANG MUDA daripada Ahl al-Bayt (daripada keturunanku (Rasulullah)). GOLONGAN TUA DI ANTARA KAMU TIDAK AKAN MENEMUINYA, TETAPI GOLONGAN MUDA AKAN BERHARAP UNTUK MENEMUINYA. Allah akan melakukan sebagaimana yang dikehendaki-Nya. (Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir Zaman, p. 23)
Bendera Imam Mahdi akan dipegang oleh seorang ORANG MUDA yang KECIL dengan janggut yang sedikit dan berwarna kuning. (Janggut yang sedikit dan berwarna kuning menunjukkan dia sangat muda, bukan berjanggut putih yang menunjukkan usia yang sudah lanjut – pendapat malakian.(Al-Qawl al-Mukhtasar, fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 51)
Pemegang bendera beliau (Hazrat Mahdi a.s.) AKAN MERUPAKAN SEORANG YANG MUDA daripada keturunan Tamimi daripada Timur. (Al-Qawl al-Mukhtasar , fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 26).

Di dalam al-Quran, ALLAH merujuk kepada orang Islam yang meninggalkan keluarga-keluarga mereka atau masyarakat yang tinggal bersama mereka kerana tekanan dan penindasan yang dihadapi mereka seperti : 

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Surah al-Kahfi : 10)
Dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya. (Surah al-Kahfi 19-20)

ORANG MUDA YANG BERIMAN DENGAN NABI MUSA (A.S.)

Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. (Surah Yunus : 43)

NABI IBRAHIM (A.S) YANG MEMISAHKAN DIRINYA DARIPADA BAPANYA:

(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa". Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (Maryam : 46-48).
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. (Al-Tawba : 114)

NABI NUH (A.S.) MENGASINGKAN DIRI DARIPADA ANAKNYA : 

Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.” 

Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil". (Hud : 45-46)

NABI NUH (A.S.) DAN LUT (A.S.) MENGASINGKAN DIRI MEREKA DARIPADA ISTERI-ISTERI MEREKA :
Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)." (Al-tahrim : 10)
Sebagaimana yang kita lihat pada ayat-ayat al-Qur’an di atas, sekiranya orang-orang yang beriman dengan Allah dan ingin hidup dalam keredhaanNya, akan menerima tekanan dan penindasan daripada keluarga mereka dan masyarakat di sekeliling mereka, dan mereka akan meninggalkan keluarga dan masyarakat dan hidup berdasarkan nilai moral dalam Islam, dalam keadaan aman dan selamat dengan orang beriman yang lain. Allah memuji sifat ini dalam al-Qur’an.  

Sebahagian sahabat Nabi di zaman Nabi kita Muhammad SAW ditimpa tekanan yang berat daripada keluarga mereka, dipenjara dan dizalimi, semata-mata kerana beriman kepada Allah SWT dan hidup berdasarkan nilai hidup al-Quran.

Ummu Gulthum Bin Ukda terpaksa hidup bersama penyembah berhala di Mekah selama tujuh tahun kerana tekanan keluarganya. Sejak dia berbai’ah dengan Rasulullah, dia, seperti orang Islam yang lain menerima pelbagai kezaliman dan tekanan. Dia terdedah kepada tekanan dan kezaliman terutama daripada ayahnya dan penyembah berhala yang lain agar dia meninggalkan nilai moral Islam. Walau bagaimanapun, dia merupakan contoh kepada orang Islam yang lain DENGAN MENINGGALKAN KELUARGANYA DAN PERGI BERHIJRAH SEORANG DIRI.

Mus’ab Ibn Umayr (r.a.) tetap mengunjungi Rasulullah secara rahsia, menyembunyikan keimanannya daripada keluarga dan rakan-rakannya. Tatkala keluarganya mengetahui dia secara rahsia menunaikan solat, beliau ditahan dan dipenjarakan oleh saudara-maranya sendiri, dan apabila terbuka peluang untuk berhijrah ke Ethiopia, DIA MENINGGALKAN KELUARGANYA DAN BERHIJRAH KE ETHIOPIA dengan kumpulan utama agar dapat hidup berdasarkan nilai moral Islam.

Hazrat Salama merupakan sahabat Nabi yang telah lama menerima perlakuan buruk daripada keluarganya kerana beriman kepada Allah. Walaupun beliau abangnya Harith beriman dan mengikuti Rasulullah (S.A.W), adik-beradiknya yang lain, Abu Jahl, As dan Khalid tidak menerima nilai moral agama yang diturukan oleh Allah dan menjadi musuh kepada terhadap adaik-beradiknya yang beriman. Salama diseksa dalam jangka masa yang lama oleh mereka yang dekat dengannya. Oleh kerana adik-beradiknya mencuba sedaya upaya untuk memaksa Salama meninggalkan nilai moral Islam, DIA BERHIJRAH KE ETHIOPIA AGAR DAPAT MENYELAMATKAN HIDUPNYA DAN DAPAT HIDUP MENGAMALKAN NILAI MORAL ISLAM SECARA BEBAS.

Jelas bahawa dalam hadith Nabi Muhammad SAW bahawa RAKAN-RAKAN DAN SAUDARA-MARA SEBAHAGIAN ORANG MUDA YANG BERSAMA HAZRAT MAHDI (A.S.) Di penghujung masa, tatkala KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH DAJJAL SAMPAI KE KEMUNCAKNYA, mereka (saudara-mara orang muda pengikut Hazrat Mahdi) AKAN MEMUJUK MEREKA UNTUK MENGIKUT JALAN DAJJAL (hidup normal ketika itu).

Adalah jelas bahawa sebahagian pengikut Hazrat Mahdi (a.s.) yang menerima tekanan akan bersikap sama terhadap orang-orang beriman yang lain :
Sebahagian kerosakan yang dibawa oleh Dajjal ialah ia akan berkata kepada seorang Badwi: “Adakah kamu akan percaya bahawa saya adalah Tuhanmu sekiranya saya menghidupkan kembali ibu dan ayahmu? Badwi itu berkata: “Ya.” Dua syaitan akan menjelma menyerupai rupa paras ibu dan ayahnya dan akan berkata: “WAHAI ANAKKU, IKUTILAH DIA. SESUNGGUHNYA DIA ADALAH TUHANMU." (Hadith Riwayat Al-Tirmidhi)
Dalam al-Quran, ALLAH memerintahkan agar manusia tidak bersama tetapi meninggalkan mereka yang ingin memesongkan mereka daripada jalannya, walaupun mereka itu adalah ibu, ayah, anak-anak dan adik-beradik. 
Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Ankabut : 23)
Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Taubah : 23)
Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Taghabun :14)
Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. (Al-Mujadalah :22)
Sebagaimana yang dapat dilihat daripada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith tersebut, SEBAHAGIAN ORANG MUDA YANG HIDUP DI ZAMAN HAZRAT MAHDI (A.S.) DAN MENGIKUTI PETUNJUK YANG BERGUNA INI UNTUK KESELAMATAN, akan menderita daripada perlakuan keluarga mereka, yang berada di bawah kawalan (pengaruh) Dajjal, sebagaimana yang menimpa orang yang beriman dimasa lalu, mereka (orang muda ini) akan memilih untuk “MENINGGALKAN DAN MEMISAHKAN DIRI” seperti yang diwahyukan Allah dalam al-Quran.


[via 1, 2]

Share this article :
 

+ ulasan + 2 ulasan

18 February 2015 at 03:55
Apakah Ciri2 Pengikut Imam Mahdi AS..??
Bermula mereka itu golongan yg sedikit, tetapi bisa mengalahkan musoh yg banyak.
Siapakah mereka itu yg dibilangkan dari golongan yg sedikit itu..?? Allahu'alem.....
25 April 2015 at 04:31
Salam, my name is Qasim, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, Muhammad S.A.W is the last Messenger of Allah and i am the Ummati of Prophet Muhammad S.A.W, many dreams related to Muslim Ummah, World and the Judgment Day, I have shared few dreams on my fb Allah and Muhammad s.a.w in my Dreams - Allah and Muhammad saww in my Dreams
Post a Comment

Pasukan Iblis dalam Perang Badar

Pasukan Iblis dalam Perang Badar

http://aku-macjay.blogspot.co.id/2015/05/pasukan-iblis-dalam-perang-badar.html 

Setelah Allah memerintahkan orang-orang mukmin untuk ikhlas dalam berjihad di jalannya dan banyak berzikir menyebut nama-Nya, maka Allah S.W.T melarang mereka bersikap menyerupai perbuatan orang-orang musyrik yang keluar dari negeri mereka dengan langkah-langkah yang angkuh menolak perkara yang hak serta melakukan riya', yakni bersikap sombong dan takabur terhadap orang-orang mukmin. 
Ketika dikatakan kepada Abu Jahal, "Konvoi kafilah Quraisy telah selamat (dari penghadangan pasukan kaum mukmin), maka kembalilah." lalu Abu Jahal berkata. "Tidak, demi Allah, kami tidak akan kembali sebelum sampai di mata air Badar, lalu menyembelih unta dan minum-minum khamr serta mendengarkan nyanyian para biduan yang menyanyi untuk kami. Kemudian kelak orang-orang Arab semuanya akan membicarakan perihal kekuatan kami pada hari itu untuk selama-lamanya."
Tetapi kenyataannya terbalik, tidaklah seperti yang dia duga, kerana ketika mereka sampai di mata air Badar, ternyata mereka mendatangi air yang panasnya bergolak dan mereka dimasukkan ke dalam sumur Badar dalam keadaan terhina, kecil lagi celaka kerana dimasukkan ke dalam azab.
Muhammad ibnu Ka'b mengatakan bahawa ketika kaum Quraisy keluar dari Mekah menuju Badar, mereka keluar dengan membawa para penyanyi dan alat-alat muzik. Maka Allah S.w.t. menurunkan firman- Nya;
"Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya' kepada munusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan." {1}
Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan; "Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadap kalian pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian. "{2}, hingga ke akhir ayat. 
Syaitan laknatullah menjadikan mereka memandang baik niat dan kedatangan mereka itu, dan memberikan semangat kepada mereka melalui bisikannya bahawa tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan mereka pada hari itu. Syaitan pun melenyapkan rasa takut dari mereka kerana mereka merasa khuatir bila kampung halaman mereka yang ditinggalkan akan diserang oleh Bani Bakar. musuh mereka. Maka syaitan berkata kepada mereka, "Sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian." 
Demikian itu terjadi setelah syaitan menyerupakan dirinya dengan rupa Suraqah ibnu Malik ibnu Ju'syum. pemimpin Bani Mudlaj. orang yang disegani di kawasan itu. Padahal semuanya itu adalah perbuatan syaitan belaka, seperti yang disebutkan oleh Allah S.W.T dalam firman- Nya;
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkit-kan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." {3}
Ibnu Juraij mengatakan bahawa Ibnu Abbas mengatakan sehubungan dengan makna ayat ini, "Ketika Perang Badar terjadi, iblis bergerak dengan membawa panjinya beserta pasukannya bersama pasukan kaum musyrik. Lalu iblis membisikkan ke dalam hati pasukan kaum musyrik bahawa tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkan mereka, dan sesungguhnya dia adalah pelindung mereka." 
Ketika mereka bersua dengan pasukan kaum muslim dan syaitan melihat bala bantuan para malaikat di pihak pasukan kaum muslim, "syaitan itu berbalik ke belakang (mundur)." {4}

Syaitan itu lalu mundur melarikan diri seraya berkata, seperti yang disebut oleh firman-Nya;
"Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat." {5}
Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari lbnu Abbas, bahawa iblis datang pada hari Perang Badar bersama pasukan syaitan yang dibawanya, sedangkan panjinya dia sendiri yang memegang. Iblis saat itu menyerupakan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari kalangan Bani Mudlaj, iaitu dalam rupa Suraqah ibnu Malik ibnu Ju'syum. Lalu syaitan berkata kepada kaum musyrik, "Tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkan kalian pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian."

Tetapi ketika kedua belah pihak berdepan, Rasulullah S.a.w mengambil segenggam pasir dan melemparkannya ke arah wajah orang-orang musyrik, maka mereka mundur ke belakang. Dan Malaikat Jibril a.s. datang mengejar iblis. Ketika iblis melihatnva (saat itu tangan iblis memegang tangan salah seorang dari pasukan kaum musyrik), maka dengan serta merta iblis menarik tangannya, lalu lari bertempiaran bersama pasukannya. Maka lelaki yang dipeganginya itu berkata. "Hai Suraqah, bukankah kamu tadi mengatakan bahawa kamu adalah pelindung aku?" Iblis berkata yang seperti dalam firman-Nya;
"...sesungguh-nya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras siksa-Nya." {6}
Demikian itulah yang terjadi ketika syaitan melihat para malaikat. {7}


[via]
_____________________________________
1. QS al-Anfal: 47
2. QS al-Anfal: 48
3. QS an-Nisa: 120
4. QS al-Anfal: 48
5. QS al-Anfal: 48
6. QS al-Anfal: 48
7. Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Anfal, ayat 47 - 48 oleh Ibnu Katsir