Minggu, 29 April 2012

Hidup Ini Pilihan Bukan Ikutan

Wake Up Project - Hidup Ini Pilihan Bukan Ikutan


Hidup ini adalah 'pilihan', bukan semata-mata sebuah 'kenyataan' yang perlu dijalani. Ramai yang menilai kehidupan ini berdasarkan 'kenyataan' yang dilihat dengan kedua bola matanya hingga terlupa bahawa setiap manusia sebenarnya perlu membuat 'pilihan' sebelum menerima apa yang 'nyata' di pandangan.

Kita jangan cenderung mengikut dengan hanya melihat 'kenyataan' cara hidup kebanyakan manusia di dunia akhir zaman hari ini yang penuh fitnah dan permainan melalaikan selagi kita sendiri tidak yakin dan pasti adakah kehidupan yang di'pilih' oleh mereka itu bakal membawa ke Syurga atau Neraka.

Kerana hakikatnya setiap 'pilihan' yang kita buat sepanjang hayat kehidupan di dunia ini akan menentukan bagaimana nasib kita di negeri Akhirat nanti. Maka, lihatlah terlebih dulu ke dalam Al Quran dan Sunnah Nabi yang sarat dengan panduan memberi petunjuk lengkap jalan mana yang harus di'pilih' demi menjamin kebahagiaan di Akhirat kelak.

Fahamilah, hidup ini adalah 'pilihan' kerana itu kita dikurniakan Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman memilih jalan yang selamat. Jika kita meninggalkan kedua-duanya, dan sekadar menjalani hidup berdasarkan'kenyataan' yang dilihat pada kehidupan atas muka bumi ini semata-mata maka kita sebenarnya sengaja membiarkan diri ini cenderung mengikut manusia ramai yang tertipu dengan fitnah dunia.

Jika selama ini kita hanya mengikut arus kehidupan tanpa berfikir panjang, maka berusahalah menilai kembali cara hidup kita berpandukan kepada kitab Allah s.w.t dan cara hidup Rasulullah s.a.w, semoga kita masih sempat 'memilih' jalan hidup yang Lurus dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

2 komentar:

  1. Pristine Black Titanium Ring for sale | TITanium Art
    Pristine black titanium ring for sale by TITanium Art | TITanium Art 2021 ford escape titanium hybrid | TITanium Art | TITanium Art | TITanium silicone dab rig with titanium nail Art titanium wallet | t fal titanium TITanium Art titanium bars | TITanium Art | TITanium Art

    BalasHapus