Jumat, 10 Agustus 2012

(2) Pandangan Serong Orang Melayu Terhadap Perjuangan Abuya


(2) Pandangan Serong Orang Melayu Terhadap Perjuangan Abuya

(2) Pandangan Serong Orang Melayu Terhadap Perjuangan Abuya
Tetapi masalahnya bagaimana hendak mengenali Imam Mahdi, penyediaan yang bagaimana harus disediakan untuk sambutan. Setelah dikenal pasti betul-betul penyediaan yang diperlukan, barulah disediakan fasilitinya, tenaga kerja yang mencukupi, back-up yang diperlukan, hidangan yang lazat dan berbagai-bagai lagi. Bukankah itu yang mendebarkan kita sekiranya Yang di-Pertuan Agong datang ke kawasan kita?
Jadi tidak salah apa yang Abuya sedang perjuangkan selama berpuluhan tahun sejak zaman Al-Arqam, kepada Rufaqa dan kini Global Ikhwan. Perjuangan yang tidak henti dan Jemaah Global Ikhwan sudah pun menakluki dunia. Ramai para ulama kebenaran yang tertawan dengan perjuangan ini. Perjuangan ini dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah semata-mata untuk menyediakan tapak untuk kedatangan Imam Mahdi nanti.
Dari situlah Abuya didik para perjuang Ikhwannya dengan perasaan kasih sayang, kemesraan seorang kawan, ayah, pemimpin, anak murid, guru dan pelbagai peranan dengan pelbagai perasaan yang berbeza. Hasilnya, para perjuang ini mempunyai hati ibarat besi yang mampu membelah gunung. Hati yang sayu sentiasa dalam rintihan kepada Allah SWT dan Rasullulah SAW. Rintihan dosa-dosa dalam diri, rintihan rindu kepada kematian agar cepat-cepat dapat melepas rindu bertemu Allah SWT dan Rasullulah SAW, rintihan dipercepatkan kebangkitan Islam di Timur ini, rintihan terhadap umat Islam yang dalam kecelaruan ini, rintihan terhadap rakyat Palestine yang dalam penyeksaan Yahudi, rintihan terhadap orang kafir yang semakin dekat kepada tebing neraka. Berbagai-bagai yang dirintih yang tidak kita rasai disebalik wajah yang berseri-seri.
Begitulah hati yang telah di-isi Allah SWT dengan hidayah,taufik, dan keimanan taraf taqwa. Hebat dan mahal sungguh pemberian Allah SWT ini kepada para perjuang yang sudah tidak jemu lagi semakin cinta kepda perjuangan Abuya ini.
Andai kata perasaan ini dimasukkan terus kepada seorang muallaf, saya percaya sudah pasti kami akan mati serta-merta atau menjadi tidak siuman.
Mati kerana kerinduan yang amat sangat atau sekurang-kurangnya menjadi gila kalau masih mampu mengawal perasaan yang lazat ini.
Patutlah Allah SWT datangkan pelbagai ujian dahulu, perlu mendaki dan menawan gunung-gunung yang tertentu agar bekas hati menjadi kukuh untuk menampung pemberian Allah Yang Maha Suci ini. Supaya dimanfaatkan dan memanfaatkan. Hebat sungguh pemberianMu Ya Allah atas sifatMu Yang Maha Penyayang ini. Segala pujian buat diriMu yang Maha Kekal.
Perjuangan Abuya ini terlalu banyak dan panjang hendak diceritakan disini. Kalau dikumpulkan daripada Jemaah Global Ikwan boleh mengambil masa berbulan-bulan untuk dikumpulkan, ditulis dan dibaca. Itulah hebatnya mujaddid akhir zaman pilihan Allah SWT sebelum datangnya khalifah Imamul Mahdi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar