Jumat, 24 Februari 2012

logo HALAL Jakim; wang @ Tuhan?



JUMAAT, 24 FEBRUARI 2012

logo HALAL Jakim; wang @ Tuhan?

Salam semua. Tadi status saya di facebook berkaitan halal. Status itu saya tulis dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Nilai. Menurut seorang rakan fb, rupanya pada masa yang sama persoalan halal sedang diperbahaskan di tv Hijrah.
Halal adalah sesuatu yang diluluskan menurut syariat Islam. Syariat Islam adalah peraturan hidup dari Tuhan. Melaksanakan syariat Tuhan tanpa beriman kepada Tuhan tidak ada nilai di sisi Tuhan. Namun tetaplah mendapat faedah dari sudut keselamatan dan kesejahteraan duniawi.
Amalan mengambil makanan yang halal adalah manifestasi daripada keimanan seorang Muslim. Tanpa iman atau rasa berTuhan, sekalipun dia seorang Islam, halal bukanlah suatu standard yang amat penting baginya. Lebih-lebih lagi bagi bukan Islam, mereka tidak menitik beratkan soal halal kecuali jika berpeluang mengambil faedah duniawinya iaitu keselamatan dan kesejahteraan hidup dunia semata-mata.
Pengiktirafan halal untuk produk keluaran BUKAN Islam, halal yang ada nilai komersil, bukan nilai syariat. Keluaran non Muslim diiktiraf sebagai halal hanyalah kerana mereka melaksanakan piawaian halal bertujuan memenuhi kehendak undang-undang atau permintaan masyarakat Islam. Halal ini tidak ada kaitan dengan Tuhan, tetapi halal berkaitan dengan wang! Halal menurut syariat adalah kerana tuntutan keimanan sekalipun tidak mendapat pulangan wang!
Halal sepatutnya dilihat dari sudut Iman bukan wang! Maka adalah tidak munasabah bilamana pengiktirafan halal bagi pengusaha Muslim disamakan dengan halal bagi pengusaha non Muslim.
Pengusaha non Muslim mereka melaksanakan piawaian halal hanya bagi tujuan komersil. Sementara pengusaha Muslim, mengamalkanpiawaian halaladalah bertujuan memenuhi tuntutan fardhu kifayah yang mana ada kaitan dengan dosa dan pahala. Bukan sahaja keselamatan di dunia, tetapi lebih utama keselamatan di Akhirat.
Sepatutnya standard pengiktirafan halal bagi pengusaha BUKAN Muslim adalah berbeza dengan pengusaha Islam. Ini bukan diskriminasi. Halal adalah peraturan dari Tuhan, bukan peraturan manusia. Ertinya siapa yang mahukan pengiktirafan menurut peraturan Allah, dia mesti mengakui dan menerima apa yang Allah tentukan.
Adalah amat pelik bila Jakim takut untuk membezakan orang Islam dengan bukan Islam dengan alasan kononya takut ada diskriminasi. Jakim guna hujah apa dan hujah dari siapa? Bukankah Allah yang membezakan antara orang Islam dengan orang kafir, kenapa Jakim pula yang takut nak bezakan?
Jika dalam soal semudah ini pun Jakim gagal mempertahankan kehendak Allah dan syariat Allah, apalah yang masih boleh diharapkan dalam persoalan yang lebih rumit dan sulit? Hanya nama saja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, halal pun masih ambil pandangan dari sudut wang bukan Tuhan.
Jangan-jangan memang kerana wang, bukan kerana Tuhan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar