Jumat, 24 Februari 2012

Musuh-musuh Bonda Ummu Jah, nasib dan kesudahannya


SELASA, 1 NOVEMBER 2011

Musuh-musuh Bonda Ummu Jah, nasib dan kesudahannya...

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuhan yang Maha Baik. Mohon keampunan dan rahmat Mu Ya Allah. Mohon maaf, mohon izin daripada Rasulullah saw, Saiyidi Imamul Mahdi dan Putera Bani Tamim.

Moga tulisan ini mendapat perkenan dari Abuya, Saiyidi dan Rasulullah saw.

Kepada pembaca yang dikasihi lagi dihormati, khususnya rakan-rakan seperjuangan. Perbincangan kali ini mengkhususkan kepada musuh-musuh Bonda Ummu Jah sekaligus merupakan musuh Abuya dan perjuangan. Harapnya topik ini dapat membantu kawan-kawan yang rajin ‘melayan’ mereka itu.

Mereka tu terdiri dari banyak kelompok dan jenisnya. 

  1. Yang terima Abuya tolak Bonda Ummu Jah, ini kelompok yang sedang buat-buat berani nak buka pejabat di depan kafe Ikhwan BCH. Tak pasti siapa yang akan jadi pemimpinnya. Harap-harap Ustaz Hasnul sudi jadi pengikut Cikgu Hashim Jaafar, atau pun sebaliknya. Kalau terjadi salah satu, kita ucapkan tahniah. Sebab kedua-duanya bukan mudah nak tunduk dengan orang, tak kira siapalah. Mereka maukan Abuya saja. Itu pun bukan semua yang Abuya mau, dia mahu. Kalau boleh, dia mahu Abuya setuju, apa yang dia mau!
  1. Penyamar-penyamar di alam maya, terutamanya di laman sosial Facebook. Ini jenis paling pengecut. Memang depa pun setuju digelar Jantan Pengecut. Semakin ramai yang ber’trademark’kan JP. Kelompok ini, tiada agenda menarik. Dia tukang siar bahan mentah untuk orang lain nilai. Banyak teks PRSA yang disiarkan. Lepas tu pakat dok ulas, kutuk, caci, maki, hamun, kecam dan yang lebih berani lagi sampai menyesat, mensyirik dan memurtadkan. Cakap dan sikapnya langsung tak boleh nak ditiru. Hanya orang yang bodoh dan bebal saja boleh percaya atau terpengaruh dengan cakap puak-puak ni.
  1. Jenis yang seronok tumpang sekaki, semangkuk, sedulang dan seperahu dengan yang mengutuk-ngutuk dan menghina-hina Bonda Ummu Jah khususnya. Tengok daripada ayat-ayatnya, jelaslah mereka ni golongan yang kecewa, lemah jiwa dan tak tahan diuji. Kata-katanya sering menyalahkan orang lain, Bonda Ummu Jah dan barisan kepimpinan jemaah. Jenis ini ada kat mana-mana pun. Mereka ni ahli mesyuarat tingkap, ada kat tepi jalan, kedai kopi, kat estet, lombong tinggal, tepi sawah, tepi-tepi longkang, atas tangga di rumah-rumah kampung, belakang dapur, dalam bas, teksi, komuter, opis-opis gomen terutamanya yang lengang, kat majlis kenduri kawin, pasar malam, pasar minggu, pekan rabu dan yang sewaktu dengannya. Puak ni kalau dilayan, makin menjadi-jadi, makin melalut-lalut, makin mengarut-ngarut. Sebabnya depa ni bukan nak kebenaran pun, cuma nak bagi penuh buku catitan je. Catitan baik, buruk, belakang kira. Jenis ni Al Quran, Hadis, Tuhan, Nabi, dosa, pahala, syurga, neraka kat bibir je, tak masuk hati pun. Buat mengabehkan boreh je layan puak-puak ni.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [An Nahl: 125]

  1. Yang ada tokeh dan agenda. Jenis suka berhujah dengan Quran dan Hadis atau sumber dari kitab muktabar. Perbahasannya macam benar, tetapi sikapnya jauh dari kebenaran. Hujah-hujahnya hanya dibibir, sasarannya akal, langsung tak ada menyentuh hati/roh. Perbahasan mereka selalunya berakhir dengan orang akan bertambah keliru, ragu-ragu, hilang kepercayaan, hilang keyakinan, bersangka-sangka dan hilang minat kepada kebenaran atau perjuangan kebenaran. Mereka secara sengaja mengadu domba atau melaga-lagakan antara dua pihak. Agenda utamanya ialah memecah belahkan pakej kebangkitan akhir zaman. Contohnya, dia mendakwa mempertahankan Aurad Muhammadiah dan keluarga Saiyidi Syeikh Muhammad AsSuhaimi. Cara dia mempertahankan Saiyidi Syeikh dan Aurad Muhammadiah sangatlah jauh daripada akhlak dan peribadi seorang yang bertarikat apatah lagi seorang yang berjiwa sufi. Mereka berbuat untuk memenuhi kehendak tokeh dan agendanya. Sasarannya ialah untuk melemahkan perjuangan kebenaran yang dijanjikan ini. Aurad Muhammadiah, Abuya Ashaari Muhammad dan Saiyidi Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi adalah pakej yang dijanjikan. Usaha memecah belahkan pakej ini dilakukan secara halus, terancang dan mereka harap sangat ianya berkesan. Biarlah simamat ni dengan taik dia [mat taik ko].
  1. Golongan yang berpendirian atau mempunyai fahaman yang bertentangan dan juga puak yang berpentingan. Contohnya ialah seperti Wahabi, Salafi, Syiah, Ideology, ahli politik yang tercabar wibawanya, ahli perniagaan yang tercabar perniagaannya terutamanya perniagaan yang haram dan termasuk ahli agama yang hasad dengki.
Semua kelompok ini kita doakan moga mereka bertemu kebenaran sekalipun di hujung hayatnya.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat: 6]

Saya rasa cukuplah sekadar menyebut dan membahagikan musuh-musuh Abuya, Bonda Ummu Jah dan jemaah kepada kelompok berkenaan. Mungkin di kalangan mereka itu ada yang masih maukan jemaah tetapi tidak mampu lagi untuk bersama atas beberapa kemungkinan seperti;

  1. Sukar tunduk atau menerima kepimpinan orang lain. Mereka rasa diri istimewa, lebih pandai dan berkemampuan. Abuya pernah mengatakan, inilah jenis yang ‘sayang’kan ego. Mazmumah yang paling besar diwarisi dari Iblis dan syaitan itu sudah cukup selesa dok dalam hatinya. Bahkan dia rasa hilang harga diri jika ego itu dikorbankan. Akhinya mereka ini kekallah dalam perasan diri hebat, walapun jelas anak bini sendiri pun berterabur tanpa ikut disiplin syariat.
  1. Mereka yang lemah jiwa, tak mampu berhadapan dengan ujian dan sangat cintakan kehidupan yang selesa. Jenis ini susah nak dibawa berjuang. Memang jadi orang awam je. Dalam jemaah, ujian biasalah. Perjuangan ini bukan sahaja menuntut kesusahan dan penderitaan. Bahkan nyawa! Kalau sekadar merungut rangat pasal Tabung Taqwa, makan minum, sewa rumah, kenderaan dan lampin anak, memang bukan orang berjuanglah.
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad[232] diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar” [Ali Imraan: 142]

  1. Kelompok yang terkeliru, salah sangka, salah tafsir dan tersilap pilih kawan. Kelompok ini ada harapan untuk diselamatkan. Peluang sedang terbuka untuk mereka. Apa yang perlu mereka buat ialah, dapatkan penjelasan dari sumber yang betul, benar dan sah. Jauhkan diri dari kelompok yang kepala masam, radio buruk, orang yang bersifat lipas, lalat, tikus dan sebagainya yang memang kat mana pun suka cari benda-benda kotor dan busuk.
  1. Mereka yang takut. Takut hilang kawan, hilang suami, hilang kepentingan, hilang punca cari makan, hilang glamer dan yang palin dia takut, takut kehilangan sifat cinta dunianya. Ini orang yang cinta dunia dan takut mati. Kalau dia benar-benar ingin menuju Tuhan, dia WAJIB bermujahadah. Bermujahadah perlu kepada berjemaah. Nak bermujahadah, WAJIB ada mursyid, ada pemimpin dan ada jemaah. Jika tidak, jadilah kita hamba nafsu, hamba dunia, hamba Yahudi dan hamba syaitan! Itulah nasib dan kesudahannya.
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." [Al Baqarah: 155]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar